Monday, 30 December 2013

Sejenak kata

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,

1:07 am..
yeee,
masih terlalu awal untuk ain wake up
and masih terlalu awal to having breakfast.,
but why,,,,,
kenapa ain, kenapa kau bangun sepagi ini...

masalah,
masalah dalam jiwa
masalah dalam kepala otak
beribu masalah dalam sebuah kehidupan
yang sering membuatkan kita tidak senang duduk, dan tidur di buatnya..

yee,,
lebih bagus jika waktu ini, kita bentangkan sejadah..
solat hajat dan istikarah adalah penyelesaiannya,
begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan, bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .

Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai  sebuah kehidupan

Tuesday, 24 December 2013

Wedding Cousins

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hai... Assalamualaikum,
aww chakkkkkk....! :)



Hahahaha, pagi pagi lagi adik hana dah lending termenung kat atas pelamin ni..
kenapa ni dek, macam kau je yang frust nak kawin.. acah acah model je ehehehek..
Pelamin ni masa wedding my cousins kat Jasin, hari sabtu  yang lepas la
actually, ain ni memang pemalas sangat sangat la nak pergi rumah kawin bagai! siyus..maaaaaaalaaaaaaaaaasssss sangat.

Nasib baik la yang kawin ni sepupu rapat,
kalau sepupu jauh ke,
bau bau bacang ke,
bau bau tahi kucing ke hah ain post mak abah je la yang pergi...
pesan kat mak abah,
tolong sampaikan salam ye mak..hehehe.





Taraaaaaaaaaaaaaaa....
cantik tak saya??! muehehehehe yeahhh..
Hahahah, i amik berkat sikit je nak bergambar, tak banyak mana pong!

Ohh ye,,im wearing jubah Rubber Sleeve 2.0 ; Dark Turquoise Colour
and wide shawl,.cantik kan, cantik kan? :)
i got this jubah and shawl last minute from ig.
siyus,,,
one weeks before wedding ni i fening~~~
nak pakai baju ape,
yang mana?
yang mana?
Hah...last ain jumpa lak jubah and the same time shawl tu!
Then terus booking, hebat tak? hahaha.. *ni kerja gila, jangan buat*
But serious talk okay! memang best sangat material jubah tu..and first time ain pergi wedding pakai jubah.
After this nak beli la jubah bebanyak lak eah,, buat stok! --'
Selalunya i pakai ikut trend ala ala kampung sikit, pakai baju kurung, tudung bawal.. but now.. time to change :)











Alhamdulillah... Congrats sis!
Ain suka sangat tengok pelamin yang serba indah ni.. nampak mewah, tapi tak sarat tau.
Baju pengantin,,siyus, cantik jah!!! Bagi semua pengantin perempuan, untuk nampak sempurna mesti dia orang akan menitik beratkan make up!
Yela, siapa siapa yang kawin mesti nak nampak cantik,
berseri bagai...
nak tutup parut jerawat, tahi lalat la

So, dengan bangganya,kepada sesiapa yang berminat, orang orang melaka oiiiii,,
jangan lupa vist page tu atau terus datang ke butik tu!
Harga sangat berpatutan and yang paling penting sekali uolls akan berpuas hati dengan make up, pelamin
dan set pakaian pengantin...






Baju pengantin _Designer-Jimmy Marchino Lee.









So, untuk bakal bakal pengantin yang akan berkahwin, i suggest kat uolls, untuk pergi serbu butik pengantin SAYANG CREATION... :)
sekarang!!!!!!!

Ohh yeee, 
masa wedding hari tu, ain terserempak dengan kawan sekolah zaman dulu dulu dulu!
tak sangka, 
punya la besar dunia ni, boleh pulak kita dua orang terjumpa..kan aten kan..

finally aku jumpa gak kau..selepas beberapa tahun ni kita terpisah! ehekk
makin comel kau kan,, :p

Dengan penuh ketulusan hati, kita orang pon sempat la curi curi bergambar duk kat atas pelamin tu, 
sebagai kenangan kami bersama... :)

Tamat*


Friday, 22 November 2013

After 5 months..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum... :)

Woww...5 months? ape itu..

Dah pregnant ke?
dah kawin ke?
dah beli kereta ke, rumah??

Ahh, dah.. macam macam soalan kau jah! 
no la..
and kalau throw back, on 21st Jun i was excident,,
first time on my lifeee
So, kira 5 months la kan 

Effect daripada excident tu, dua dua pergelangan tangan patah..
gigi patah,
nasib baik la hati kita tak patah! ehek..
Motif berlakunya excident ni ialah.............................langgar lembu! 




Erkkkk,, tu main ketip ketip je tau! --"





Selain tu, alhamdulillah.. tak de kecederaan dalaman.
Masa tu, honestly la kan, fizikal and mental ain rasa down sangat sangat sangat! 

Mana tak nya, dengan keadaan tangan yang tak bermaya, kaki dah bengkak,gigi patah, bibir bengkak...rasa lemah tak terdaya.

Everytime and everyday ade je orang datang...
kawan sekerja
my bestie
my old friend
teachers
cousins
atuk nenek
boss
boyfriend...ehh! Opss...
jiran jiran pon hado!
time pukul 1 pm until 7 pm, jangan harap lah kau dapat bermimpi ain! Hahaha.. serious talk, memang ramai yang amik berat masa tu.. na nanis pon ade tau, terharuuu :')
orang yang ain tak kenal pon ade jugak! 

Ramai yang datang bagi kata kata semangat,
especially my mom, hari hari datang..
urut urut badan, hah time ni la nak bermanjakan! *sorry adik adikku, jangan nak jelus..

I discharge after 10 days.. hmm lama jugak la kan,
mana taknya, dari hari pertama sampailah hari terakhir
asyik kena buat xray je, mau hitam kaki tangan ni effect dari xray tu.
nurse pulak lain kerjanya!
setiap masa masukkan air, bergelen air dalam badan ni hah...dah macam belon
dengan ubat bagai, nak cuci, amik darah.
hadoiiiiii
nak tidor pon tak sonang la, cehhh..


sepanjang kewujudan ain kat hospital tu, ain dapat merasakan betapa tak sedapnya makanan kat sana..
ohhh yee,,,
hari hari mak tapaw kan dari rumah tau..hmmm, suka! >_<
betul orang kata, masakan ibu lah yang paling paling sedap dan kenyang kat dunia ni.,
i wish,, itulah saat terakhir ain duduk kat hospital!!!!!!! 


After 6 months ni, ain dah tak payah lagi nak buat treatment, xray, every months,, 
buat fisio bagai..
serious talk! time fisio la rasa malas malas malas malas!
sakit tau.. orang terapis tu main pusing pusing tangan la,
tekan tekan tarik tarik.. 
ngeeee...frust menahan kesakitan! 






Tadaaa... cuba tengok,
parut kat muka tu semakin beransur pulih kan.. :-)
alhamdulillah, terima kasih Dermatix Ultra untuk mengatasi bekas luka, perawatan bekas luka menonjol akibat luka operasi, luka bakar, luka terpotong, tergores, gigitas.
bawah mata kanan and atas bibir tu..dua dua kena jahit sebab luka besar 

Sekarang ni..
tangan pon dah boleh gerak gerak..angkat angkat
cuma tak boleh nak angkat barang yang berat lagi la.
Lutut dah baik, tapi masih tak boleh lagi nak buat macam dulu,,
lompat lompat
lari lari...hmmmmmmmmmmmmmm

Tapi tak pelah, yang penting masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini,
bersama orang yang tersayang..
Tak kisah la ape kekurangan atau kelebihan yang kita ade, yang penting kita perlu bersyukur dengannya..

Ade orang lain, yang tangan kudung, atau cacat.. 
tapi ain, cuma patah tangan sahaja kan..
masih lagi mampu untuk meneruskan kehidupan.
kelebihan yang ade pada diri ini, tak sama dengan orang lain..

sekarang, dah tak boleh lagi nak buat kerja kerja berat.
apa susah, ain jerit jela, suruh orang lain buat kan! betul tak? *amik kesempatan!
ehehhehhehek!

Tamat

Thursday, 21 November 2013

Alahai.. bestnya tadi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)
Hah, berblog umpama homework. 
kena hantar post kita kepada readers.
kalau tak update nanti banyak benda yang nak diceritakan itu, tertunggak. 
Betul tak?
okay, nevermind.

Tadi, ain keluar pergi jalan jalan kat Melaka..
Jusco Aeon with sista.
Alahai, bestnya tadi..... *kenapa bunyi macam gediks ehh?
hahaha, whatever! 
persetankan kalau ade yang nak kata GEDIK!

uolls nak cakap ape, cakap la... bagi ain, dapat keluar rumah, pergi jalan jalan jauh selepas duduk di rumah selama hampir 6 months ni,
is the best part of my life...huhuhuhuhuu =P
tengok tengok orang
amik angin, lepas angin..erkk --'
yela, since excident tu, orang sakit
bertapa kat rumah laa.
tak kan kau sakit sakit nak melangok tak tentu pasal kan!

Ceritanya...
me and my sista, 
sis zura saje saje jalan cuci mata kat jusco, nak betulkan barang hantaran
beli ape ape yang kurang lagi untuk wedding sis kita ni
then sis zura ajak pergi beli baju, untuk ain pakai masa wedding dia nanti,
she sponsor me...uolls.... im love it! sayang la kak zura :-*
dia belikan baju untuk kita!

today 21 nov, and the next month 21 dec..
sis zura akan jadi isteri orang! waaa.. tak sabarnya nak tunggu
hahahaa..macam ain la pulak yang nak kawin..

dari tengahari sampai la ke petang,
dari satu mall ke satu mall,
lepas tu transit kat kedia bunga laa
kedai kek laa, dah pulak kenapa kedai kek ek?

oh yaa,,, hari ni birthday mak la..
happy birthday my lovely momma! dah alang alang tu, belikan la kek untuk mak,
nak celebration la katakan...




Serious talk! hari ni ain rasa puas hati sangat.
terperuk kat rumah je boleh buat stress tau uolls..
hmmm 6 months, rasanya nobody boleh tahankan! but at least until today ain hidup lagi la kan
and to you sis zura, thanks a lot for today,
im really appreciate how you treat me, we are cousins
but you are like my sister, so adorable, lovable, and charming too...
thanks, :)

Tuesday, 19 November 2013

Berendam di kolam air panas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hai... assalamualaikum :)
selamat selamat bercuti sekolah,
dan selamat selamat berjimba! yeahhhh hahahaa..

ini la cuti sekolah yang di nantikan oleh uolls kan
especially adik adik ain la.
amboi....kemain lagi korangkan, membuta la sampai tengahari! =P

Ok lah,ain nak share tempat yang ain pergi bersama dengan adik adik ain untuk santai santai, 
rehatkan otak, release kan badan.. tak jauh pon.. kat Melaka jugak huahuahua,,, tak sampai setengah jam pon dari rumah tau uolls! =P
Saja bawak adik adik jenjalan, beriadah kat situ.. 

Harga tiket masuk untuk first time datang sini RM 6.00 dewasa, RM 3.00 kanak-kanak. 
But.. kalau uolls, datang second time, uolls akan dapat harga discount! banyak tau,, tolak RM 1.00 je dari tiket tu.
Best juga la lepak kat sini.. lagi best kalau datang malam la,
sebab air panas, sesuai mandi malam kan.




Air panas kat sini 100 % air panas mineral tulen.. Bukan tipu tau!
Kandungan mineral yang terdapat dalam air panas ialah,

Magnesium – 0.022
Phosphorus – 0.53
Silica – 87.7
Sulfate – 11
Boron – 0.4
Calcium – 2.11
Chlorine – 0.15
Fluoride – 10.05






Selain itu, banyak jugak la jenis kolam yang ade, kolam renang yang besau besau tu!
kolam untuk kanak kanak,
untuk rendaman kaki pon ade, nak rendam sampai tenggelamkan kepala pon ade jugak.. =P



Ni untuk kanak kanak ribena, entah pe hal gak ah adik adik aku main kat sini --'















Macam best je kan.. air pon bersih.

cuti sekolah baru je bermulakan, so tunggu ape lagi,
meh la datang berendam kat kolam air panas ni :)


Jasin Hot Srpings,
Taman Rekreasi Air Panas, Kg. Air Panas,
Mukim Bemban, Jasin, Melaka

Waktu Operasi:

Selasa hingga Ahad (Isnin cuti, termasuk Public Holidays)
9.pg hingga 12 tengahmalam

Monday, 18 November 2013

Kenangan bersama, al fatihah untukmu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. :)

Hmm,, diam tak diam, dah hampir 100 hari arwah adik pergi menghadap ilahi,
sepanjang ain berada di rumah ni, selepas pemergian arwah
ain masih lagi dapat mendengar suara,
gelak tawa dia... kelibat dia, selalu keluar masuk rumah..
ya allah, terasa hibanya :'(


7. 8. 2013.. bersamaan 29 Ramadhan
Pukul 2 pagi, tiba tiba pintu rumah di ketuk, dan pagi tu abah belum tidur,
tiba tiba je abah gelisah, dan tunggu arwah adik pulang di ruang tamu...
abah buka pintu,
kelihatan seorang lelaki yang amat kami kenali, iaitu jiran lama kami,
dia bertanya

"assalamualaikum bang, Shahrul Azwan ni, anak abang ke?" tanya dia

"aah, kenapa?" abah tanya

"hmm, bawak bersabar ea bang, tadi saya dari melaka, dalam perjalanan pulang ke rumah, lalu kat jalan air panas,bemban, anak abang, dengan arwah kawan dia excident..dan, anak abang pon meninggal kat situ jugak" jelas pemuda itu..

Abah menggucap panjang, kedengaran tangisan mak yang meraung dan menanggis teresak esak di bilik..
pagi tu jugak semua adik adik bangun,
terkejut dengan berita yang disampaikan....

Dan masa tu jugak ain teringat,
pukul 11 malam tu, sebelum arwah excident, ain sempat lagi text dengan dia.
katanya nak belikan tudung untuk raya ni... ain macam tak percaya.
sekelip mata dia pergi.. padahal esok tu dah nak raya...



Kita orang sekepala, thats why la kita orang yang paling nakal, 
throw back, gambar 15 tahun lepas



Alhamdulillah,
selepas kedua dua arwah selamat dikebumikan, hujan mula membasahi bumi
seperti kami, yang meratapi pemergian arwah,
arwah pergi meninggalkan kami pada hari terakhir bulan ramadhan, ramai saudara yang dekat dan jauh datang untuk melihat arwah saat terakhir,

petang tu, selepas berbuka, abah menjemput jiran jiran untuk majlis tahlil,
masa berbuka, kita orang makan ala kadar, minum, dan makan kuih kuih..

masih teringat hari semalam hari terakhir berbuka dengan arwah,
mak buatkan mihun sup,
banyak kali arwah mintak untuk di tambah..katanya sedaplah mak!

kita orang tak perasaan pon perubahan yang ada pada arwah sebelum arwah pergi,
tapi,,,sepanjang bulan puasa tu, arwah selalu kata 
tahun ni tak jadi raya...

pernah sekali arwah bersungut yang kami sekeluarga selalu sambut raya kat kampung
tak pernah sambut raya kat rumah sendiri,
arwah cakap, tahun ni sambut raya kat rumah sini la mak, tak payah balik kampung..

dan buat pertama kalinya, 
kami beraya di rumah sendiri, tanpa arwah... dan itulah permintaan arwah sebelum ni.


Last year, bergambar dengan arwah.. Pantai Blue Lagoon, Pd


Betul kata orang, bila ade di depan mata, kita langsung tak hargai
tapi bila hilang, barulah kita tercari cari..

Arwah sebenarnya tulang belakang untuk keluarga ni,
lepas ain excident, arwah lah yang boleh ain harapkan sebab ain dengan arwah je yang paling tua
adik adik kecil lagi,
masih bersekolah..

Dan selepas pemergiaan arwah, kami meneruskan kehidupan seperti biasa,, tahun 2013 dugaan yang sangat berat menimpa kami sekeluarga.
Hanya ketabahan dan doa yang menjadi semangat untuk teruskan hidup ni.

Buatmu di sana,
insyaallah kita sekeluarga akan berkumpul di sana nanti, hanya doa yang kami kirimkan untukmu,
semoga kau tenang dan bahagia,
dan semoga roh mu disayangi dan dirahmati Allah.. 

"kullu nafsin dzo'iqotul maut" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, 
jumpa di Syurga nanti..
Maaf, memang dunia pemisah antara kita.. tapi akhirat, Insyaallah,
merupakan pertemuan tanpa perpisahan untuk kita.

walaupon kita telah terpisah jauh, tetapi kenangan sepanjang kita membesar bersama
akan tetap tersemat dihati. Al fatihah untukmu Mohd Shahrul Azwan.. :'(

Thursday, 17 October 2013

Rezeki

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,

17 Oct -
Ain search job vacancy kat internet tadi , hantar resume pastu search lagi kerja lain..
suddenly, ain give up.. yela syarat syarat nak apply job tu banyak sangat pastu nak compete dengan orang lain yang mohon kerja tu jugak kn..
so peluang agak tipis..
then ain pun search benda lain pulak yang merepairkan balik semangat ain yang dah tahap merah menyala ni

merah tu means tahap semput..
ain search berkaitan REZEKI.. so ain dah boleh tenangkan diri sikit.. hehe..
rezeki tu Allah dah tetapkan cuma tinggal usaha dan cari je rezeki tu menyorok kat mana..
mohon kat Dia supaya bagi klu..

kalau laa ain dapat kerja based on minat ain,
ain la orang pertama yang akan melompat..
tapi tak de laa tinggi sangat lompat! nanti timbul riak pulak
ade sebab yang tersirat la tu.. so pikir positif.. yes.. pikir positif..



"Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri."

Cerita Teladan Teladun :

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman as sedang mengerjakan solat di tepi pantai. Dan setelah selesai mengerjakan solat, pandangan beliau tertuju pada pasir-pasir yang ada di pantai tersebut.

Di saat itu pula, beliau melihat kawanan semut yang menyeret selembar daun hijau.
Setelah sampai di dekat air, semut tiba-tiba saja menjerit karena ada seekor katak yang menghampirinya.Dengan selembar daun hijau itu, semut naik ke punggung katak dan di bawanya ke dasar laut.Beberapa saat kemudian, semut muncul kembali dan terapung di permukaan air, tempat dimana katak tadi membawanya menyelam ke dasar lautan.
Melihat kejadian itu, Nabi Sulaiman as bertanya kepada semut,
"Wahai semut, apa yang engkau lakukan di sini?"

Semut pun menjawab dan mengisahkan pengalamannya di dasar laut.
"Di dasar lautan sana ada sebongkah batu besar yang tuli. Di tengah batu tersebut ada seekor ulat yang mendapatkan rezeki dari Allah SWT lewat aku," jelas semut.
"Berapa kali sehari engkau mengantarkan makanan?" tanya Nabi Sulaiman as.

"Setiap hari aku melaksanakan tugas ini sebanyak 2 kali. Katak tadi punya tugas yang sama denganku, ia membawaku menyelam sampai dasar lautan dan menuju ke batu tadi dimana ulat itu berada," jelas semut lebih lanjut.

"Lalu bagaimana engkau memberikan daun itu ke ulat?" tanya nabi Sulaiman as.
"Setiap kali aku sampai di sana, batu pun membelah diri sehingga aku dapat memasukkan daun yang aku bawa sebagai rezeki Allah SWT baginya," jawab semut.

"Setelah memakannya, ulat tersebut selalu bersyukur dan bertasbih kepada Allah SWT, yang tidak menelantarkannya," lanjut semut.
"Subhanallah...Allah SWT adalah Dzat yang memiliki Kebesaran dan tak ada satu pun yang dapat menandinginya," Nabi Sulaiman as Memuji Kebesaran Allah SWT.

Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al Baqarah  ayat 268)

Sunday, 13 October 2013

My future

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)
happy birthday to me, yeahh.....
alhamdulillah, tak sangka ain masih lagi di panjangkan umur hingga ke hari ni,
and now, im 20 years old.. just ordinary girl bebeh!

so talk about future, yaa my future..
actually ape yang uolls nak dalam life ni..
duit? pangkat? kereta mewah? rumah kecik, besar?
ohh yeeee.. cinta! in love :-*
jeng jeng jeng....hahahaha

tak kisah la ape yang kita rancang dalam life ni,
manusia hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan, take note dear...
mungkin hari ni kita banyak merancang untuk future kita, 
but just the only one..god, has planing everything about your life, our life and everyone.
tak kisah la ape yang akan berlaku atau yang telah berlaku..
yang penting kita tabah menghadapi hidup ni

semua orang ingin berjaya
dan semua orang ingin kaya..tetapi, tidak semudah itu yang kita akan dapat..
usaha,
usaha,
usaha...
nak hidup senang, kena usaha...
malas nak study, malas nak sambung belajar lagi.? its ok,,
usaha la dengan tulang empat kerat.

tak semestinya kita tak bijak dalam pelajaran, kita tak boleh berjaya...
who know, maybe one day.. insyaallah orang itu la yang akan berjaya

zaman sekarang, jangan suka sangat nak pandang rendah terhadap orang lain tau..
kadang kadang, orang yang terlalu megah ni la yang akan tersungkur..
its karma beb..karma
anytime je, karma tu akan kena kat kau balik, so.. jangan la terasa diri tu hebat ehh

bagi ain, selagi kita masih bernafas
selagi tu la kita masih berpeluang untuk mencorakkan kehidupan kita akan datang,
rancang la yang sebaik baiknya..dan selebihnya tawakal dan berserah pada allah..
ape yang ain nak selama ni,
hanya la kehidupan yang sederhana, 
bersama keluarga tersayang
dan bersama sebuah keluarga yang bahagia..

tamat



Saturday, 28 September 2013

The mirror of S.A.H.A.B.A.T

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


"Sekali berkawan, selamanya tetap berkawan..."

































GBS = Geng Bas Sekolah



















Sekali sekala tayang muka kawan, tak kesah arr
sebab ini lah namanya kenangan...

Keikhlasan,
keriangan,
kenangan
dan kawan..

Hidup ni, tak perlulah nak dongak hidung setinggi langit, kemana saja kaki kau melangkah pergi..
kau tetap perlukan seorang kawan..

Saturday, 7 September 2013

Jatuh-bangkit

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. :'(

Jangan beri tahu apa yang aku tak perlu tahu lagi
kerana tiap satu per satu nya masih menyakitkan halwa telinga dan juga pancaindera yang membaca
jangan di tabur lagi cerita berduri
jangan di bilang apa sahaja mengenainya
untuk kecelakaan yang hinggap entah berapa kalinya
Sudah sudah la...

Perit--
terasa hati ini di pijak lebih lumat lagi
tapi tak mengapalah
semuanya dah sampai ke garisan akhir

Ini lah kehidupan si pejuang hati seperti aku
ke sana sini membawa sekeping hati yang telah hancur remuk--
di gilis gilis
Apa yang akan ada nanti untuk menjahit tiap tiap inci cebisan hati ni?

Aku akan bangkit dengan lebih tinggi lagi
Kerana rasa sensional yang aku dukung ini ialah realiti hidup aku.



Moga moga Tuhan pertimbangkan doa yang aku titipkan padaNya. 

Sunday, 26 May 2013

6 Jenis Wanita Yang Wajib Dijauhi Oleh Lelaki


Assalamualaikum, :)

Hai... bagi entri kali ni, ain nak kongsikan dengan uolls tentang
Jenis jenis wanita yang wajib dijauhi oleh lelaki .
Tapi tak banyak la.. Ada 6 je
Sekadar berkongsi, tak ade maksud lain pon .
ok jum baca

1. Wanita Kategori Liar
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana mana ibu untuk dijauhi .
Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokkan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan .
Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus , tetapi sikap cuba cubanya tidak wujud sempadan .
Kita teruja dengan kegilaannya tetapi kita tak sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita Si Gula-Gula
Gadis muda seumpama gula gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita
Dalam keadaan ini kita seolah olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu , gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

3. Wanita Si Bom Jangka
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa ape ape amaran! macam ain..hahaa
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan keputusan penting.

4. Wanita Si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata , lebih lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita Si Penggapai
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian , ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka ?
Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal , dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita Yang Tercedera
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa . Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya,
apa yang terjadi,
siapakah dia dan ape yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya.
Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam,
hari ini dan esok. D
dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Sekadar berkongsi,
jangan terasa ye..


Saturday, 18 May 2013

Kerana mulut!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,, 
dearest stalker and heatersss
kerana mulut, badan binasa.. kerana mulut jugak, diri kau lah yang terseksa! 

waaaa, mukadimah yang sangat hebat. hahaha.. 
sebenarnya ain dah mula menyampah dengan perangai manusia zaman sekarang ni yang jenis talam dua muka, menggata, 
mengumpat, memfitnah,dan yang suka jaga tepi kain orang lain ni..
kau pe hal?
tak de kerja lain ke yg nak buat? sibuk nak amik tau pasal orang.
dan yang paling sedih, orang orang jenis ini, adalah orang yang terdekat dengan kita :'(

Perbuatan ini termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan walaupon uolls tak sebut nama empunya badan
tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya,
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama
manusia yang waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

why? why? why?
uolls orang islam, 
mengumpat, memfitnah adalah salah satu dosa besar,
pengharaman mengumpat itu jelas di dalam Al-Quran sebab boleh menjatuhkan maruah seseorang (orang yang diumpat) di samping boleh membawa kepada kemudharatan yang besar 
iaitu boleh membawa kepada bahaya fitnah 
dan merupakan suatu pembohongan sekiranya perkara yang menjadi umpatan itu sedikit pun tidak ada kebenarannya atau tidak ada pada orang yang diumpat. 

see.....betapa berdosanya kan, kalau kita mengumpat cerita yang tak betul
free free je orang yang kau umpat tu dapat pahala!
dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar benar bertaubat. 
dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan
selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

ain tau, ain bukannya orang alim, or warak...im just ordinary person,
but, about dosa pahala, we, as a muslim....mesti la kena tau dan menjaga batas batas kita.

Bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;


" sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap saudaranya melibatkan maruah ( penghormatan ) atau sebagainya, maka lebih baik dia memohon kemaafan kepada orang itu sebelum tiba hari di mana dinar dan dirham tidak lagi diperlukan. Jika dia mempunyai apa - apa kebaikan, perkara itu akan ditarik daripadanya sebagai balasan ke atas kejahatan yang dibuat. Jika dia tidak ada sebarang amalan kebaikan, maka kejahatan orang yang diumpat itu akan diletakkan kepadanya "

(Hadis Riwayat Bukhari) 


Kesiankan, kita saudara sesama islam, tapi kita jugak la yang memecahbelahkan persaudaraan tu..
orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. 
pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.



Semoga insyaallah, Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang orang yang suka mengumpat. Amin.. :)

Monday, 6 May 2013

The Fairy Tale Forest

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hi, assalamualaikum readers :)

hari ni 6 mei 2013..
tak lama lagi, akan bermula lah cuti sekolah selama dua minggu ni kan..
eeee, excitednya! bhahahaha
so ain nak share sesuatu..uolls suka cerita fairytale tak?
snow white ke,
cinderella ke, little red riding hood  ke,jack and the beanstalk ke..

Cerita-cerita dongeng yang menarik minat ramai orang..
So uolls nak tau tak,
disebabkan cerita cerita dongeng tu
Di efteling, Netherlands ade 1 hutan dibina berkonsepkan fairytale untuk pelancongan..!
waaaa, mesti bestkan :)

Fairytale Forest nie ditubuhkan oleh R.J.Th. van der Heijden, 
Peter Reijnders dan Anton Pieck.
Visual gaya fairytale forest ni telah diilhamkan oleh Arthur Rackham dan Edmund Dulac, untuk menambah unsur-unsur seni.

Apa yang ade kat fairytale forest nie?

antaranya ialah :



Dwarf Village.. macam real je kan =P

Hansel & Gretel(Witch's Candy Hut)


Rumpelstiltskin


Rapunzel


Sleeping Beauty Castle

The Dragon


So, untuk uolls yang fanatik pasal benda benda macam ni,
dan ingin melancong ke sana,
boleh la layari laman ini untuk info anda, :)