Saturday 24 November 2012

Jangan ada membenci

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Memang secara warasnya kau bukan lagi 
tempat bermanja bergelak tawa
bertepuk tampar
dan bersuka ria,
jauh sekali teman mencuit hati berkongsi cerita.

Di setiap caca marba ligat laku
ampun aku

Untuk semua cacat cela di badan
maafi aku

Tiap satu persatu hilai hiba onak duri berliku jatuh bangkit tersungkur rebah berdiri tegap--
maaflah..

Hingga kita jumpa nanti, di dalam sebuah keranda hati.

Moga tidak terselit dendam di antara kita 
kerana kenangan yang kita bina mengatasi segala kebencian di hati


Selamat malam.

Friday 16 November 2012

Tips menghadapi peperiksaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Haiiii, tak lama lagi peperiksaan penting, SPM dan STPM akan berlaku kan! huaahuaa
macam nak berlaku peperanganlah pulak =P
semoga uolls berjaya di dalam peperiksaan, kehidupan di dunia serta di akhirat tau.. 
tapi tapi tapi, please do your best in everything that you do. penuhkan kehidupan kita yang singkat ini dengan kejayaan manis.

Kembali kepada adik-adik form 5, sorry, lambat sangat update entry ni, mesti korang dah nyenyak dibuai mimpi (mimpi ngeri to be specific) bahahaha. 
ain nak share tips untuk menghadapi peperiksaan buat adik adik sekalian

I'm not a motivator apatah lagi seorang yang patut dijadikan panduan untuk mengharungi liku liku kehidupan. tapi ambil lah apa apa ilmu yang ain share ini kalau uolls rasa ianya berguna
im wrote berdasarkan pengalaman jela, 
kalau ada yang tak setuju, pergi tulis pengalaman kau kat laman kau eaa
jangan nak kondem pengalaman aku ye! *tetiba lak emo --' muehehehehe


* TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN *


1. Siapkan segala peralatan peperiksaan
Make sure slip exam, IC, stationary semua dah complete one day before the exam
letak kat tempat yang senang nampak (eg : atas meja). Baju dah gosok, stokin semua ada.

2. Tidur la awal ( 6 - 8 hours )
Oklah ini tips yang paling bosan. But don't forget, not only your body needs some rest, your brain too. Have a good sleep
dah terlewat dah untuk uolls study last last minute macam ni. Just bring whatever knowledge you have into the exam hall. 
tutup lampu dan tidur. kalau tak boleh tidur sebab excessively worry, just berzikir, berdoa supaya Allah permudahkan segala perjalanan esok, dan mintak Allah berkatkan ilmu yang kita dah belajar.

3. Bangun awal
Bila bangun kita akan lebih bersedia mentally and physically
lebihkan masa diatas sejadah supaya tenang. Kena percaya dan percaya bahawa Allah akan bantu kita menghadapi exam ini. We are not alone. Allah is with us.

4. Breakfast, breakfast and breakfast
Masa tidur, badan kita ibarat berpuasa. 6-8 jam perut kosong
exam memerlukan konsentrasi yang tinggi, dimana otak akan penat
kalau uolls tak breakfast, otak akan depletes source of energy, so uolls tak dapat nak berfikir dengan cergas. ain cadangkan uolls breakfast dfengan makanan ringan seperti sandwich, kismis, kurma. 

5. Jangan datang terlalu awal
Lagi awal uolls datang examination hall, lagi kecut perut uolls tau tak!
tapi janganlah datang lewat pulak..kang tak pasal-pasal kena halau dengan pengawas peperiksaan. Just datang sedap-sedap rasa. Sementara menunggu nak masuk hall tu, just go through short notes yang dah buat. JANGAN BELAJAR BENDA BARU PADA MASA INI. Walaupun kawan kawan duk pung pang pung pang, just ignore it. Nanti uolls yang cemas, especially bila kau tak tau pasal benda yang dorang cakap.. kang daripada relax relax terus jadi gelabah. Habis lupa semua benda.

6. Langkah kaki kanan.
Kalau terlangkah kaki kiri, gostan!

7. Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal. Tak kiralah ilmu kita ada 80% or 50% pada waktu itu, dengan izin Allah semua orang boleh berjaya. Baca dan beriman dengan kalimah ini. Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. perang ok! =P

8. Dah selesai menjawab kertas peperiksaan, jangan check jawapan.
Jangan check jawapan dengan kawan diluar exam hall, mahupun check senyap-senyap ketika dirumah. Tawakal dengan jawapan yang kita kasi dan fokus untuk exam seterusnya
ni adalah amalan yang tidak sihat kerana bila kita tau kita tersilap jawab, emosi akan terganggu. 
emosi adalah paling penting ketika exam tau!

9. Jaga hubungan dengan ibu bapa.
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. 
Jangan merungut jika emak menyuruh angkat kain sedangkan kita nak study... Allah kan menuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa. Manalah tau, walaupun kita tak sempat nak study semua, tapi sebab kita anak yang baik, tup tup keluar question yang kita dah study. Remember there's always a shade of grey between black and white =)



Selain itu, sepanjang atau selepas exam selalulah membaca yasin serta membuat solat sunat agar dimurahkan rezeki
mungkinlah orang kata, eleh masa exam baru nak ingat tuhan. sebelum ni berkiblatkan syaiton. pehh ayat aku --'
well, pedulikan orang nak kata apa.. daripada tak ingat tuhan langsung..oklah tu. lagipun kat siapa nak mintak tolong kalau bukan kat Allah..tak gitu? 
People always make mistake, its never to late to change. And one thing..jangan pedulikan orang cakap apa, dont live up to people expectation. Its your life, you determine what should you do and what you shouldn't.

Maka tamatlah tips pada malam yang hening ini. Selamat maju jaya uolls!! Exam is not everything, but in order to be something, you MUST pass the exam =)