بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum,,
dearest stalker and heatersss
kerana mulut, badan binasa.. kerana mulut jugak, diri kau lah yang terseksa!
waaaa, mukadimah yang sangat hebat. hahaha..
sebenarnya ain dah mula menyampah dengan perangai manusia zaman sekarang ni yang jenis talam dua muka, menggata,
mengumpat, memfitnah,dan yang suka jaga tepi kain orang lain ni..
kau pe hal?
tak de kerja lain ke yg nak buat? sibuk nak amik tau pasal orang.
dan yang paling sedih, orang orang jenis ini, adalah orang yang terdekat dengan kita :'(
tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya,
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama
manusia yang waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
why? why? why?
uolls orang islam,
mengumpat, memfitnah adalah salah satu dosa besar,
pengharaman mengumpat itu jelas di dalam Al-Quran sebab boleh menjatuhkan maruah seseorang (orang yang diumpat) di samping boleh membawa kepada kemudharatan yang besar
iaitu boleh membawa kepada bahaya fitnah
dan merupakan suatu pembohongan sekiranya perkara yang menjadi umpatan itu sedikit pun tidak ada kebenarannya atau tidak ada pada orang yang diumpat.
see.....betapa berdosanya kan, kalau kita mengumpat cerita yang tak betul
free free je orang yang kau umpat tu dapat pahala!
dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar benar bertaubat.
dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan
selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
ain tau, ain bukannya orang alim, or warak...im just ordinary person,
but, about dosa pahala, we, as a muslim....mesti la kena tau dan menjaga batas batas kita.
Bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
" sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap saudaranya melibatkan maruah ( penghormatan ) atau sebagainya, maka lebih baik dia memohon kemaafan kepada orang itu sebelum tiba hari di mana dinar dan dirham tidak lagi diperlukan. Jika dia mempunyai apa - apa kebaikan, perkara itu akan ditarik daripadanya sebagai balasan ke atas kejahatan yang dibuat. Jika dia tidak ada sebarang amalan kebaikan, maka kejahatan orang yang diumpat itu akan diletakkan kepadanya "
(Hadis Riwayat Bukhari)
Kesiankan, kita saudara sesama islam, tapi kita jugak la yang memecahbelahkan persaudaraan tu..
orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Semoga insyaallah, Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang orang yang suka mengumpat. Amin.. :)