Monday 31 December 2012

Welcome 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum everyone.

Ye ain tau hari ini adalah hari terakhir untuk 2012.
yee dan ain tau jugak esok bermulanya 01.01.2013..
alhamdulillah,
apa yang dikatakan oleh kaum matsalleh tentang 'the end of the world' adalah salah.
Kita masih lagi dapat hidup dibumi Allah :-)


Selamat tinggal 2012

Ain nak ucapkan selamat tahun baru 2013 untuk uolls laa.
Harap harap kita dapat menjadi orang yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya..insyaallah

Ain nak minta maaf kepada semua orang yang telah ain sakitkan hati hati-Nya.
Oh my god is my sentence correct?
ok, never mind.. kita teruskan je.
hmmmm sorry dan halalkan makan minum ain okay.
harap dimaafkan :-)

Okay la, have fun for all of you yang tengah sambut sakan dekat luar sana.
Ingat jangan suka sangat eh? Jaga diri semua :-)
Again, selamat tahun baru semuaaaaa!

Sunday 9 December 2012

Kau jangan fikir aku jahat.!

Hey,

Kau jangan lah risau.
aku takkan nak memburukkan kau dekat orang lain.
aku nak bagitahu kau, aku pun bukan orang jenis macam tu.
yang suka nak memburukkan orang lain.

Kau jangan la kecik hati dengan aku.
aku tak bermaksud pun nak memperlekeh kan kau.
kau je yang anggap macam tuh.

Hm aku tak sangka macam ni hubungan kita akan berakhir.
tapi kita dah cuba untuk jadi kawan kan?
but its not working. we tried...
Im sorry.

Hey,

aku nak kau bahagia. kita bahagia
aku nak kau berjaya. kita berjaya
aku nak kau sentiasa tersenyum. 
aku nak kau cari orang yang dapat buatkan kau senyum dan ketawa balik semula.


Aku gebira dapat kenal dengan kau. 
dan aku tak pernah menyesal.
jaga diri kau jugak kalau aku takde dekat dengan kau nanti.
aku akan rindu kau.
Sentiasa.



Saturday 24 November 2012

Jangan ada membenci

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Memang secara warasnya kau bukan lagi 
tempat bermanja bergelak tawa
bertepuk tampar
dan bersuka ria,
jauh sekali teman mencuit hati berkongsi cerita.

Di setiap caca marba ligat laku
ampun aku

Untuk semua cacat cela di badan
maafi aku

Tiap satu persatu hilai hiba onak duri berliku jatuh bangkit tersungkur rebah berdiri tegap--
maaflah..

Hingga kita jumpa nanti, di dalam sebuah keranda hati.

Moga tidak terselit dendam di antara kita 
kerana kenangan yang kita bina mengatasi segala kebencian di hati


Selamat malam.

Friday 16 November 2012

Tips menghadapi peperiksaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Haiiii, tak lama lagi peperiksaan penting, SPM dan STPM akan berlaku kan! huaahuaa
macam nak berlaku peperanganlah pulak =P
semoga uolls berjaya di dalam peperiksaan, kehidupan di dunia serta di akhirat tau.. 
tapi tapi tapi, please do your best in everything that you do. penuhkan kehidupan kita yang singkat ini dengan kejayaan manis.

Kembali kepada adik-adik form 5, sorry, lambat sangat update entry ni, mesti korang dah nyenyak dibuai mimpi (mimpi ngeri to be specific) bahahaha. 
ain nak share tips untuk menghadapi peperiksaan buat adik adik sekalian

I'm not a motivator apatah lagi seorang yang patut dijadikan panduan untuk mengharungi liku liku kehidupan. tapi ambil lah apa apa ilmu yang ain share ini kalau uolls rasa ianya berguna
im wrote berdasarkan pengalaman jela, 
kalau ada yang tak setuju, pergi tulis pengalaman kau kat laman kau eaa
jangan nak kondem pengalaman aku ye! *tetiba lak emo --' muehehehehe


* TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN *


1. Siapkan segala peralatan peperiksaan
Make sure slip exam, IC, stationary semua dah complete one day before the exam
letak kat tempat yang senang nampak (eg : atas meja). Baju dah gosok, stokin semua ada.

2. Tidur la awal ( 6 - 8 hours )
Oklah ini tips yang paling bosan. But don't forget, not only your body needs some rest, your brain too. Have a good sleep
dah terlewat dah untuk uolls study last last minute macam ni. Just bring whatever knowledge you have into the exam hall. 
tutup lampu dan tidur. kalau tak boleh tidur sebab excessively worry, just berzikir, berdoa supaya Allah permudahkan segala perjalanan esok, dan mintak Allah berkatkan ilmu yang kita dah belajar.

3. Bangun awal
Bila bangun kita akan lebih bersedia mentally and physically
lebihkan masa diatas sejadah supaya tenang. Kena percaya dan percaya bahawa Allah akan bantu kita menghadapi exam ini. We are not alone. Allah is with us.

4. Breakfast, breakfast and breakfast
Masa tidur, badan kita ibarat berpuasa. 6-8 jam perut kosong
exam memerlukan konsentrasi yang tinggi, dimana otak akan penat
kalau uolls tak breakfast, otak akan depletes source of energy, so uolls tak dapat nak berfikir dengan cergas. ain cadangkan uolls breakfast dfengan makanan ringan seperti sandwich, kismis, kurma. 

5. Jangan datang terlalu awal
Lagi awal uolls datang examination hall, lagi kecut perut uolls tau tak!
tapi janganlah datang lewat pulak..kang tak pasal-pasal kena halau dengan pengawas peperiksaan. Just datang sedap-sedap rasa. Sementara menunggu nak masuk hall tu, just go through short notes yang dah buat. JANGAN BELAJAR BENDA BARU PADA MASA INI. Walaupun kawan kawan duk pung pang pung pang, just ignore it. Nanti uolls yang cemas, especially bila kau tak tau pasal benda yang dorang cakap.. kang daripada relax relax terus jadi gelabah. Habis lupa semua benda.

6. Langkah kaki kanan.
Kalau terlangkah kaki kiri, gostan!

7. Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal. Tak kiralah ilmu kita ada 80% or 50% pada waktu itu, dengan izin Allah semua orang boleh berjaya. Baca dan beriman dengan kalimah ini. Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. perang ok! =P

8. Dah selesai menjawab kertas peperiksaan, jangan check jawapan.
Jangan check jawapan dengan kawan diluar exam hall, mahupun check senyap-senyap ketika dirumah. Tawakal dengan jawapan yang kita kasi dan fokus untuk exam seterusnya
ni adalah amalan yang tidak sihat kerana bila kita tau kita tersilap jawab, emosi akan terganggu. 
emosi adalah paling penting ketika exam tau!

9. Jaga hubungan dengan ibu bapa.
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. 
Jangan merungut jika emak menyuruh angkat kain sedangkan kita nak study... Allah kan menuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa. Manalah tau, walaupun kita tak sempat nak study semua, tapi sebab kita anak yang baik, tup tup keluar question yang kita dah study. Remember there's always a shade of grey between black and white =)



Selain itu, sepanjang atau selepas exam selalulah membaca yasin serta membuat solat sunat agar dimurahkan rezeki
mungkinlah orang kata, eleh masa exam baru nak ingat tuhan. sebelum ni berkiblatkan syaiton. pehh ayat aku --'
well, pedulikan orang nak kata apa.. daripada tak ingat tuhan langsung..oklah tu. lagipun kat siapa nak mintak tolong kalau bukan kat Allah..tak gitu? 
People always make mistake, its never to late to change. And one thing..jangan pedulikan orang cakap apa, dont live up to people expectation. Its your life, you determine what should you do and what you shouldn't.

Maka tamatlah tips pada malam yang hening ini. Selamat maju jaya uolls!! Exam is not everything, but in order to be something, you MUST pass the exam =)

Sunday 14 October 2012

Berjimba on my birthday!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum.. :)
Hai, happy birthday to me.. sweety 19 years old bebeh =P
alhamdulillah...terima kasih kepada semua kawan kawan yang wish kat ain, 
yang masih mengingati hari jadi ain
dan mendoakan kesejahteraan ain hingga ke hari ini

oklah, ain tak nak cerita banyak banyak sebab ain celebrate besday pon dengan family tersayang
bersantai hujung minggu kat pantai pengkalan balak je,
ohsem la kan, potong kek kat tepi pantai.... kau hado? hahahahaa
sekian, thanks 
lots of love :*

















note : im using camera sony ericsson, and im in love with it.
         gambar yang sangat cantik and flash yang sangat bagus! thanks..

Sunday 23 September 2012

Exam semakin hampir!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum :)

huargghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *dah kau kenapa ni ain?

ohhhhhhhh tension ler! exam semakin hampir weyh. oh god!
macam macam rasa le yang ain tengah merasa ni, ehhh.. siyus talk, takut! malas! 

entah ape lagi la perasaankan, padahal rasa mood happy je, 
yela, budak nak habis sekolah! muehehehehe

ah dah! kau jangan nak bermimpi nak habis sekolah,
exam pon belum lagi tau! sedau le diri tu sikit ehh? ohh ye..hahahaha

tapi normal la kan, budak sekolah, bila hujung tahun time ni la iuolls.....excited gile!
exam nak dekat,
tapi buat dek jew..
pe hal.... enjoy la dulu saat saat terakhir kat sekolah kan..! hahaha
heyyyy speechless!

ok la,hari ni tak de ape yang best pongg.. just nak share gambar kitaorang yang excited nak habis sekolah ni.
dan bersyukur...
alhamdulillah...
sepanjang persahabatan ain dengan membe membe form 6 ni,
diaorang la membe yang paling best....

sporting!
cool! and the best part is my gegirl dalam class ni pandai masak
5 star uolls! *pujian yang tinggi melambung! 
wooow! "aku akan merindui nasi lemak kau fiza!" muehahaha =P

even perangai ain macam hampehhhhh --'
tapi diaorang still layan ain dengan baik,
package sediakan air soya lagi tu! feveret i tu 
thanks uolls untuk persahabatan ni, terharu...sedih nak habiskan sekolah ni dengan korang,
tapi ape boleh buat,
memori kita akan selalu ku kenang dan lekat dalam otak ku!
uhhh,,,,ayat kau, kemain bhaiii...hahahaaa



yang ni konon konon je tunjuk rajin! mueheheheh






me and datin fiza :)

tengok tu! rajinkan kitaorang.... tak tipu tau =P

with farah... ala ala model gitu! :D


erkkk,, macam pegawai tadbir la pulak!



Cikgu tak nak masuk, so kitaorang gosiping arr kejap! hahaha







"beb, habis sekolah kau nak buat pe?" 

"kerja..."

"duk rumah...."

"aku? kawin maybe! " hahahahaha... *ni bukan statement aku! =P 

tamat....

Sunday 9 September 2012

Kau yang bernama manusia


Assalamualaikum, readers.. stalkers.. heaters..

hey manusia,
kenapa kau terlalu iri hati dengan kehidupan orang lain?
suka menyibuk...
suka nak amik tau...
suka nak mengata!

please la.... better kau jaga la anak dan keturunan kau wahai manusia!
sedar la diri, tak de siapa yang sempurna dalam hidup ni
even kau sendiri pon,
muka nampak baik.. tapi hati kau! nauzubillah,
annoying sungguh manusia macam ni..

kau tau aib ku,
tapi kau mendedahkan kepada yang lain,
kau tau kebenaran aku,
tapi kau mendusta dan menceritakan hal yang lain..

kenapa?
hidup aku lebih indah dari hidup kau ke..
sehingga kisah hidup aku di jadikan bahan untuk bercerita
dari satu daerah ke serata daerah kau khabarkan.

terima kasih kerana memberi banyak pahala untuk ku,
akan ku kumpul kan segala pahala dari amalan kau itu sendiri,
aku pon tak ingin menceritakan kisah hidup kau pada orang lain,
sebab aku tak nak mulut aku berbau busuk seperti kau
yang terlalu banyak memakan daging manusia yang telah kau kunyah,
dan telankan tu!

kalau kau rasa diri kau baik, semoga kau terlepas dari azab api neraka,
tapi kau jangan lupa, kau masih lagi berhutang dengan aku,
semoga kita berjumpa di padang besar di sana...
dan semoga aku dapat mengampunkan manusia manusia macam kau, yang suka mengaibkan dan mengata tentang kehidupan aku,
insyallah aku akan tunggu kau di sana, wahai kau si manusia..


Sunday 22 July 2012

Tulis selagi mampu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Aku menulis bukan kerana mahu menulis semata,
aku menulis dengan jiwa yang ada,
dengan hati yang paling ranap,
sambil aku menulis dalam keadaan berkecai,
sampai satu tahap aku mahu kamu semua rasa apa rasa aku,

bila tiba nanti menulis juga aku tak mampu,
maka aku akan membaca apa yang aku tulis dulu,
dan aku akan rasakan rasa itu kembali...

Aku sedang menulis bersama hati yang telah di robekkan dan keadaan diri yang tidak terbela.

*malam tanpa bintang

Friday 22 June 2012

Ada beza ke?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Bila aku tengah bahagia,
status aku berbunga bunga

Bila aku tengah menderita,
status aku emotik belaka

Bila aku berjalan sendiri
ada mulut mulut mencebik benci

Bila aku berpimpinan tangan
ada mulut mulut canang dengki

Jadi katakan pada aku yang mana satu harus aku pergi?
ke kiri salah,ke kanan pula menempah umpatan keji
Aku sedang berdepan dengan ujian tuhan.
secara rasionalnya,kesemua manusia berperasaan iri hati terhadap manusia manusia lain.



Aku teringin nak jadi bunga yang paling cantik dan wangi.
Tapi,aku tahu aku tetap akan di iri iri hatikan oleh bunga bunga dalam taman yang sama.Walaupun,aku cuma bunga.Sebab kita semua sama.Mana ada beza.

Monday 7 May 2012

Putrajaya ... part 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hai... assalamualaikum :)
entry yang lepas ain da ceritakan sedikit tentang our trip,, trip budak sekolah, huahuahauahua 
kat Putrajaya di Istana Kehakiman dan Parlimen la,,


Muka masing masing macam tak rela je nak ambil gambar kan? =P


Ok, petang tu rasanya dalam pukul 2 la kan, kita orang dah sampai dekat Parlimen tu..
kira...jauh jugak la dari Istana Kehakiman ni,
dah sampai, tapi kena menapak...sebab ape, sebab bas tak boleh masuk dalam kawasan tu..
maybe kawasan tu dah penuh dengan kenderaan..
so,,jenuh la kita orang berjalan kaki oiiiii, nun atas bukit uh,


Ini buktinya, tak tipu tau! =P

Ade lagi satu dewan yang tertinggal....DEWAN MAKAN?? huahuahua


Sampai je pintu masuk utama tu,kat lobi la 
kita orang semua kena spot check maaa...
handphone tak di benarkan bawa masuk pulak, 
sebab takut nanti menganggu orang tengah bersidang la kan...
yela, ni bukan sebarangan dewan.. kau ingat ni dewan sekolah? boleh bising bising --'

Hampir dua jam lebih kita orang kat dalam Parlimen tu,
dapat la tengok secara live macam mana rupanya orang orang kat Dewan Rakyat tu.. 
Bentangkan macam macam isu..dan orang awam macam kita orang ini, tak dibenarkan menyampuk tentang isu yang dibincangkan tu
even tu salah ke betul...kau diam jela jah..
silap haribulan nanti orang orang parlimen tu yang dakwa kau pulak.

Bila budak budak ni semua dah keletihan.
pusing pusing dalam bangunan tu, toilet pon kita orang serbu! hahahah
kita orang semua dah tak sabar nak keluar..
sebab ape.. sebab risau hanset kat luar tadi, takut hilang le!
lagi satu, air cond kat dalam tu gila gila sejuk. entah macam mana la speaker dengan menteri menteri lain boleh tahan, dah macam duk dalam frozen weyh!


Snap with pelakon from Korea.. ehekkkk =P




Snap with my bestfriend from UK..!! hahahaha







Alhamdulillah, berbekalkan ilmu pengetahuan Pengajian Am yang cukup hebat hari tu, 
banyak la ilmu ilmu lain yang dipelajari,
selalunya tengok buku, dengar cikgu cakap, imagine sendiri je kan,
tapi akhirnya, kita orang dapat belajar bersama sama dengan kawan kawan dan mengetahui lebih dekat terutama sekali peranan Istana Kehakiman terhadap masyarakat dan sejarah sejarah kehakiman serta kebajikan rakyat Malaysia yang sering di utarakan oleh menteri di Dewan Rakyat.

Selepas satu hari penat berjalan, belajar, gelak gelak dengan membe, amik gambar bagai,
kita orang pon dah tak sabar nak balik.. time tu dah pukul 6 kot! 
pukul berapa la nak sampai rumah ni --'
confirm malam tu, semua balik terus tidurkan? hahahaha

sekian..









Tuesday 1 May 2012

Putrajaya....we are come! part 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum gojes! stalker! haters and sewaktu dengannya laaa..






Kami dari Parlimen Jasin.. ehekk 





kenapa muka aku tak de??? --'

Waa,,nampak tak, kemain tajuk entry kau ni ehh, Putrajaya....we are come! cehhh,,
ok la, last week 
erkkkk..kira last month la kan,
kita orang pergi lawatan ke putrajaya, *ni bukan lawatan kanak kanak ehh! hahaha

alaa,, dah selalu study kat dalam class, so sekali sekala study la kat outdoor, kat putrajaya gitu! =P
macam macam tempat la kita orang pergi,
cehh walhal kat istana kehakiman dengan parlimen je!

alhamdulillah, sepanjang hari tu, dari pagi sampai la ke malam memang best!
sampai kita orang keletihan dan kelaparan yang teramat sangat... 
padahal, penat bergambar je --'






Pelik je kan, pe sal la ain pergi ke tempat tempat macam tu, dengan uniform sekolah, blazer bagai? kan...
actually ni adalah sebahagian dari syllabus Pengajian Am, so siapa yang form 6,
uolls tau la kan, kenapa iuolls pergi kat tempat tempat cengitu..

belajar pasal bab hakim hakim la,,, perundangan, kewarganegaraan, status kelayakan.. 
masuk parlimen,, dengar orang tu berbalah itu ini, sempat lagi kita orang tengok anuar tau uolls!
tapi bukan anuar zain laa...hahaha

kalau ain, dah alang alang pi sana.. baik ain pi Putrajaya Cruise ke, Putra Bridge ke..
Bangunan Perdana Putra ke,, boleh jumpa PM betul kan.. =P
tapi, di sebabkan lawatan ini di taja oleh pihak pihak tertentu.... ikut je la.

Ok la, firstly kita orang pergi Istana Kehakiman dulu, 
first time ain masuk, siyus.... macam aku ni jakun daa, besar! woooo.. dalam tu memang cantik sangat,
i'm konfius, istana kehakiman ke, istana di raja ni... cantik weyh! *teruja!

Kedatangan kita orang telah di sambut baik oleh pihak pekerja di situ.
ain pon tak tau la dia tu siapa..
entah ape la yang mamat tu berucap ain pon tak tau, 
tak dengar pon satu hal jugak kan, sebab hall tu besar gilaa,
budak budak ain pulak semua dah bersepah..

tapi dah tak dengar tu kan, ain pon pandang jela sekeliling tu... macam budak kampong =P
tengok lampu lampu tu, sampai tangan kena tarik pon tak sedau! hahaha...
membe yang sebelah ni duk bengang jewww...

lepas orang tu bagi penerangan tentang struktur Istana Kehakiman ni,
kita orang berpeluang, masuk ke dalam bilik mahkamah.
dapat lah tengok hakim, peguam peguam, dan yang lain lain. 
masa kita orang masuk tu, kita orang kena bagi tunduk hormat, sebagai menghormati hakim la kan
dan kes yang di bincangkan tu, pasal masalah jenayah kecil je..
tapi bila kes tu di kumpul kumpulkan....banyak jugak tau! dah macam jenayah berat je ain dengar.
menimbun fail kat sebelah hakim tu tau!

lepas 30 minit tu, kita orang di benar kan untuk pergi ke ruangan library,
macam macam lah bahan dan sumber sumber yang boleh di perolehi..
jenuh lah jugak kita orang pusing pusing,
main kejar kejar pon ade la jugak..hahahaa


















Rasanya kalau nak habiskan cerita ni, memang tak tido la ain jawabnya kan..
so, kalau ain free lagi, ain akan sambung pasal trip ke putrajaya ni untuk next entry,in syaa llah..
sekian....


Saturday 14 April 2012

Dugaan hidup mengajar erti kehidupan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum...


Entah kenapa emosi agak tersentuh di petang hari ni..sebak.. sedih.. pilu..
sehingga semasa solat pon air mata mengalir..
kenapa dgn hamba-Mu ini ya Tuhan..
mungkin Kau sedang menyentuh hatiku..
atau Kau sedang menguji aku?..
Allahuakbar..

Terjumpa blog yang sangat membantu..
dalam menaikkan semangat ku untuk teruskan kehidupan ini..


Allah berfirman bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?

Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.

Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.

Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.

Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa.
Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !

Kadang kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.


Astagafirullah.. adakah aku golongan yang berprasangka buruk kepada Allah..
Ya Allah.. ampunkan aku..
aku alpa akan ketentuan Mu..
aku alpa akan kebesaran Mu..

Astagafirullah.. astagafirullah..
Subhanallah.. subhanallah..



Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.



Aku patut bersyukur kerana diuji oleh Mu, Ya Allah..
moga aku semakin tabah menghadapi ujian mendatang..
amin..

Saturday 24 March 2012

Petua mudah bangun pagi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum
have a wonderful day all my readers! =P

Siapa yang susah nak bangun awal pagi atau liat nak bangun solat subuh???? 
angkat tangan, sila la senyum sorang sorang ye. huahuahuaa

PETUA UNTUK MUDAH BANGUN SUBUH

Tidur awal sekitar jam 10 atau 11 malam supaya tidur mencukupi.
Ambik wuduk sebelum tidur.
Tanam azam dalam diri untuk bangun awal.
Baca surah Al-Mulk, Tiga Qul dan doa sebelum tidur.
Pasangkan niat.... "Aku nak bangun pukul******** kerana Allah S.w.t
Maafkan semua orang sebelum tidur.
Elakkan makanan berat sebelum tidur
Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
Guna jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
Minta tolong orang lain seperti ibu, suami, isteri ,atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbah air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.


mudah kan? so,, selamat beramal ;)

Tuesday 20 March 2012

Saya budak shell

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hai, assalamualaikum :)

Konfirm MMP failed!!! hahahaa


Selamat datang, :)
isi minyak Ron 95?
Bonuslink Card ade?
Kami ade buat promosi, isi minyak full tank, dapat tambah lagi mata untuk bonuslink kad anda! wooooo..hahahaha

Alahai...kerja kat stesen minyak je kot, siap nak mempromosi bagai,
ain sendiri pon tak de Bonuslink kad! huahuahua

dan siapa budak kat atas tu? 
yee... itu lah saya, budak shell! *gelaran yang membuatkan aku hot kat sekolah la ni --'
pergi mana mana orang dah teriak..

"akak shell, minyak kuning satu"

"ehh budak shell, tak pergi class ke hari ni"

"hai awak, awak yang jaga cashier kat shell tu kan"

waaaaa...fofular uolls! hanya kerana kerja kat shell, dah tak payah kau nak jadi retis lagi. huahuahua =P




uolls ingat, senang ke kerja kat pam minyak ni,
memang la ade mulut mulut kata....

"alahai,,,duk dalam kedai je ade air cond lagi tu"

"untung la kau jadi cashier ain,dapat isi minyak free"

ape......kau ingat tu kedai bapak aku ke? *ku lemparkan kata kata dasyat!

uolls datang kat stesen minyak, tunggu nak isi minyak, dah dapat minyak uolls pon bla kan..
tak tengok ke cara kita orang kerja
nak jerit jerit,
kena maki hamun dengan customer, because customer always right! minyak belum bayar pon dia kata dah bayar!
hantu punya customer. --'

dah banyak kali ain, and staf staf yang lain bergaduh dengan customer pasal ni,
customer always right?? blah la kau, menipu lagi ade la.
banyak kali jaga cashier asyik short je.....
tak pernah over! 



See??? betapa banyaknya kerugian para pekerja yang bekerja kat pam minyak seluruh dunia ni.
derita....
lagi sengsara bila kena potong gaji..huaaaaaa :'(

Nasib baik la ain anak yang baik, mak selalu pesan, kerja kena ikhlas, jujur dan amanah! faham.
tak pe ain, hari ni orang buat dajal kat engkau,, esok esok kau balas balik kat orang tu! hahaha

semenjak ain kerja kat pam minyak ni,
banyak nilai nilai murni yang ade dalam diri ain ni hilang... gara gara perangai manusia hari ni la,
hilang segala hormat! cehhh... hahaha
kenapa kat dunia ni semua orang suka nak menipu?
menindas hak orang lain?
memprotes bagai.... dunia oh dunia, nasib baik la saya masih budak kecil lagi, ehekk
sekian...



Sunday 18 March 2012

Salam mesra

Assalamualaikum, hai..

First time ain dalam blogging ni, actually ain ni seorang yang pendiam dan pemalu dengan orang ramai.. tapi dengan kawan kawan? pecah telinga ni kalau ain gelak..hahahahaha,,

Ok, kenapa ain buat blog? 
sebabnya ain nak share tentang kehidupan ain,
with family
friends..
and semua orang yang pernah mengenali ain..

Dalam blog ni jugak ain anggap sebagai dairi untuk ain luahkan masalah dan kenangan yang lain.. kenangan yang tak dapat dilupakan, akan ain share dalam blog ni, setiap orang ade pendapat masing masing kan? So, jangan mempertikaikan pendapat, atau sebarang usulan yang ain katakan! 
sebab ni ade lah laman ain, so sukahati aku la aku nak buat ape =P
hehehehe...

sekian! dan salam mesra dari ain ;)