Friday, 22 November 2013

After 5 months..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum... :)

Woww...5 months? ape itu..

Dah pregnant ke?
dah kawin ke?
dah beli kereta ke, rumah??

Ahh, dah.. macam macam soalan kau jah! 
no la..
and kalau throw back, on 21st Jun i was excident,,
first time on my lifeee
So, kira 5 months la kan 

Effect daripada excident tu, dua dua pergelangan tangan patah..
gigi patah,
nasib baik la hati kita tak patah! ehek..
Motif berlakunya excident ni ialah.............................langgar lembu! 




Erkkkk,, tu main ketip ketip je tau! --"





Selain tu, alhamdulillah.. tak de kecederaan dalaman.
Masa tu, honestly la kan, fizikal and mental ain rasa down sangat sangat sangat! 

Mana tak nya, dengan keadaan tangan yang tak bermaya, kaki dah bengkak,gigi patah, bibir bengkak...rasa lemah tak terdaya.

Everytime and everyday ade je orang datang...
kawan sekerja
my bestie
my old friend
teachers
cousins
atuk nenek
boss
boyfriend...ehh! Opss...
jiran jiran pon hado!
time pukul 1 pm until 7 pm, jangan harap lah kau dapat bermimpi ain! Hahaha.. serious talk, memang ramai yang amik berat masa tu.. na nanis pon ade tau, terharuuu :')
orang yang ain tak kenal pon ade jugak! 

Ramai yang datang bagi kata kata semangat,
especially my mom, hari hari datang..
urut urut badan, hah time ni la nak bermanjakan! *sorry adik adikku, jangan nak jelus..

I discharge after 10 days.. hmm lama jugak la kan,
mana taknya, dari hari pertama sampailah hari terakhir
asyik kena buat xray je, mau hitam kaki tangan ni effect dari xray tu.
nurse pulak lain kerjanya!
setiap masa masukkan air, bergelen air dalam badan ni hah...dah macam belon
dengan ubat bagai, nak cuci, amik darah.
hadoiiiiii
nak tidor pon tak sonang la, cehhh..


sepanjang kewujudan ain kat hospital tu, ain dapat merasakan betapa tak sedapnya makanan kat sana..
ohhh yee,,,
hari hari mak tapaw kan dari rumah tau..hmmm, suka! >_<
betul orang kata, masakan ibu lah yang paling paling sedap dan kenyang kat dunia ni.,
i wish,, itulah saat terakhir ain duduk kat hospital!!!!!!! 


After 6 months ni, ain dah tak payah lagi nak buat treatment, xray, every months,, 
buat fisio bagai..
serious talk! time fisio la rasa malas malas malas malas!
sakit tau.. orang terapis tu main pusing pusing tangan la,
tekan tekan tarik tarik.. 
ngeeee...frust menahan kesakitan! 






Tadaaa... cuba tengok,
parut kat muka tu semakin beransur pulih kan.. :-)
alhamdulillah, terima kasih Dermatix Ultra untuk mengatasi bekas luka, perawatan bekas luka menonjol akibat luka operasi, luka bakar, luka terpotong, tergores, gigitas.
bawah mata kanan and atas bibir tu..dua dua kena jahit sebab luka besar 

Sekarang ni..
tangan pon dah boleh gerak gerak..angkat angkat
cuma tak boleh nak angkat barang yang berat lagi la.
Lutut dah baik, tapi masih tak boleh lagi nak buat macam dulu,,
lompat lompat
lari lari...hmmmmmmmmmmmmmm

Tapi tak pelah, yang penting masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini,
bersama orang yang tersayang..
Tak kisah la ape kekurangan atau kelebihan yang kita ade, yang penting kita perlu bersyukur dengannya..

Ade orang lain, yang tangan kudung, atau cacat.. 
tapi ain, cuma patah tangan sahaja kan..
masih lagi mampu untuk meneruskan kehidupan.
kelebihan yang ade pada diri ini, tak sama dengan orang lain..

sekarang, dah tak boleh lagi nak buat kerja kerja berat.
apa susah, ain jerit jela, suruh orang lain buat kan! betul tak? *amik kesempatan!
ehehhehhehek!

Tamat