Tuesday, 19 November 2013

Berendam di kolam air panas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hai... assalamualaikum :)
selamat selamat bercuti sekolah,
dan selamat selamat berjimba! yeahhhh hahahaa..

ini la cuti sekolah yang di nantikan oleh uolls kan
especially adik adik ain la.
amboi....kemain lagi korangkan, membuta la sampai tengahari! =P

Ok lah,ain nak share tempat yang ain pergi bersama dengan adik adik ain untuk santai santai, 
rehatkan otak, release kan badan.. tak jauh pon.. kat Melaka jugak huahuahua,,, tak sampai setengah jam pon dari rumah tau uolls! =P
Saja bawak adik adik jenjalan, beriadah kat situ.. 

Harga tiket masuk untuk first time datang sini RM 6.00 dewasa, RM 3.00 kanak-kanak. 
But.. kalau uolls, datang second time, uolls akan dapat harga discount! banyak tau,, tolak RM 1.00 je dari tiket tu.
Best juga la lepak kat sini.. lagi best kalau datang malam la,
sebab air panas, sesuai mandi malam kan.




Air panas kat sini 100 % air panas mineral tulen.. Bukan tipu tau!
Kandungan mineral yang terdapat dalam air panas ialah,

Magnesium – 0.022
Phosphorus – 0.53
Silica – 87.7
Sulfate – 11
Boron – 0.4
Calcium – 2.11
Chlorine – 0.15
Fluoride – 10.05






Selain itu, banyak jugak la jenis kolam yang ade, kolam renang yang besau besau tu!
kolam untuk kanak kanak,
untuk rendaman kaki pon ade, nak rendam sampai tenggelamkan kepala pon ade jugak.. =P



Ni untuk kanak kanak ribena, entah pe hal gak ah adik adik aku main kat sini --'















Macam best je kan.. air pon bersih.

cuti sekolah baru je bermulakan, so tunggu ape lagi,
meh la datang berendam kat kolam air panas ni :)


Jasin Hot Srpings,
Taman Rekreasi Air Panas, Kg. Air Panas,
Mukim Bemban, Jasin, Melaka

Waktu Operasi:

Selasa hingga Ahad (Isnin cuti, termasuk Public Holidays)
9.pg hingga 12 tengahmalam