Tuesday, 7 January 2014

Lets join, Kelab Penabung Muda BSN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum... :)


Hai uolls,,,
hai stalker,,,
hai adik adik sekalian, 
selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah, yeahhh!
hahahahahahahaha *gelak jahat

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup,
tahun baru...
azam baru...
dan insyallah cita cita yang baru heh,




Dan untuk adik adik yang bakal memasuki alam persekolahan pasti uolls memerlukan banyak perbelanjaan untuk memulakan alam persekolahan right?
tak kisah arr, sekolah rendah ke
sekolah menengah...
So, hari ni i nak seru kat uolls untuk mula menabung dan join Kelab Penabung Muda BSN sekarang!!!
This is for our future la, menabung dari sekarang..
sikit sikit lama lama naik bukit la kan,
eh ehhh? hahhaa

Ok, bila kita semakin besar, kita akan melalui banyak perubahan, ialah dari uolls sekolah rendah 
akan beralih ke sekolah menengah..
banyak perbelanjaankan? nak beli itu ini, yuran,
kokurikulum bagai...buku buku,
siapa yang dapat scholarship or biasiswa, untung la kan!
habis tu yang tak dapat?? dahh ternganga je kan. 

Thats why la, ain nak uolls join this club ....... not clubbing ye! Untuk faedah bersama..
Kelab Penabung Muda juga merupakan satu bentuk simpanan yang menyeronokkan!! 
dan yang pasti akan membawa keriangan melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan, 
pasti uolls tak akan rugi dalam menerokai sesuatu yang baru. 

Dalam usaha meningkatkan lagi penyertaan pelajar-pelajar menabung melalui Bank Simpanan nasional, 
satu skim galakan tabungan melalui Kelab Penabung Muda 
telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada tahun 11 Julai 1997. 

Ini adalah selaras dengan kempen tabungan negara yang telah dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri pada 16 Disember 1996 dan perasmian kempen tabungan peringkat Kementerian pendidikan pada 4 Mac 1997.

Kelab Penabung Muda Bank Simpanan Nasional dibuka kepada pelajar-pelajar yang berumur 7 hingga 20 tahun yang telah mempunyai simpanan RM 300.00.
Ahli Kelab penabung Muda yang telah mendaftar sehingga kini seramai 15,000 ahli di seluruh Malaysia.

Bank Simpanan Nasional kini mempunyai hampir 10 juta penyimpan dengan simpanan sebanyak 
Rm6.08 ribu juta. 
Dari jumlah itu, 1.4 juta penyimpan berumur 7 hingga 20 tahun yang menyimpan di Bank Simpanan Nasional dengan simpanan hampir RM300 juta.

Dengan kadar pulangan simpanan sehingga 6.5% setahun,, woow!
perlindungan insuran pasti akan memberi aktiviti penuh cabaran, 
kem motivasi dan lawatan sambil belajar pasti akan memberi banyak menafaat kepada ahli. 

So, kepada setiap ahli Kelab Penabung Muda yang baru, uolls akan menerima secara percuma kad ahli, kemeja T, topi dan lencana! yeahh..
selain itu akan mendapat pelbagai kemudahan melalui potongan harga istimewa melalui syarikat yang menandatangai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kelab Penabung Muda.

Hah, senang je kan! So tunggu apa lagi, 
menabunglah dari sekarang untuk masa depan anda!!! :)

Saya dah,, anda pulak, bagaimana?


Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, layari...   http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=315