Sunday, 26 May 2013

6 Jenis Wanita Yang Wajib Dijauhi Oleh Lelaki


Assalamualaikum, :)

Hai... bagi entri kali ni, ain nak kongsikan dengan uolls tentang
Jenis jenis wanita yang wajib dijauhi oleh lelaki .
Tapi tak banyak la.. Ada 6 je
Sekadar berkongsi, tak ade maksud lain pon .
ok jum baca

1. Wanita Kategori Liar
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana mana ibu untuk dijauhi .
Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokkan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan .
Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus , tetapi sikap cuba cubanya tidak wujud sempadan .
Kita teruja dengan kegilaannya tetapi kita tak sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita Si Gula-Gula
Gadis muda seumpama gula gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita
Dalam keadaan ini kita seolah olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu , gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

3. Wanita Si Bom Jangka
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa ape ape amaran! macam ain..hahaa
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan keputusan penting.

4. Wanita Si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata , lebih lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita Si Penggapai
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian , ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka ?
Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal , dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita Yang Tercedera
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa . Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya,
apa yang terjadi,
siapakah dia dan ape yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya.
Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam,
hari ini dan esok. D
dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Sekadar berkongsi,
jangan terasa ye..


Saturday, 18 May 2013

Kerana mulut!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,, 
dearest stalker and heatersss
kerana mulut, badan binasa.. kerana mulut jugak, diri kau lah yang terseksa! 

waaaa, mukadimah yang sangat hebat. hahaha.. 
sebenarnya ain dah mula menyampah dengan perangai manusia zaman sekarang ni yang jenis talam dua muka, menggata, 
mengumpat, memfitnah,dan yang suka jaga tepi kain orang lain ni..
kau pe hal?
tak de kerja lain ke yg nak buat? sibuk nak amik tau pasal orang.
dan yang paling sedih, orang orang jenis ini, adalah orang yang terdekat dengan kita :'(

Perbuatan ini termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan walaupon uolls tak sebut nama empunya badan
tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya,
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama
manusia yang waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

why? why? why?
uolls orang islam, 
mengumpat, memfitnah adalah salah satu dosa besar,
pengharaman mengumpat itu jelas di dalam Al-Quran sebab boleh menjatuhkan maruah seseorang (orang yang diumpat) di samping boleh membawa kepada kemudharatan yang besar 
iaitu boleh membawa kepada bahaya fitnah 
dan merupakan suatu pembohongan sekiranya perkara yang menjadi umpatan itu sedikit pun tidak ada kebenarannya atau tidak ada pada orang yang diumpat. 

see.....betapa berdosanya kan, kalau kita mengumpat cerita yang tak betul
free free je orang yang kau umpat tu dapat pahala!
dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar benar bertaubat. 
dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan
selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

ain tau, ain bukannya orang alim, or warak...im just ordinary person,
but, about dosa pahala, we, as a muslim....mesti la kena tau dan menjaga batas batas kita.

Bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;


" sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap saudaranya melibatkan maruah ( penghormatan ) atau sebagainya, maka lebih baik dia memohon kemaafan kepada orang itu sebelum tiba hari di mana dinar dan dirham tidak lagi diperlukan. Jika dia mempunyai apa - apa kebaikan, perkara itu akan ditarik daripadanya sebagai balasan ke atas kejahatan yang dibuat. Jika dia tidak ada sebarang amalan kebaikan, maka kejahatan orang yang diumpat itu akan diletakkan kepadanya "

(Hadis Riwayat Bukhari) 


Kesiankan, kita saudara sesama islam, tapi kita jugak la yang memecahbelahkan persaudaraan tu..
orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. 
pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.



Semoga insyaallah, Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang orang yang suka mengumpat. Amin.. :)

Monday, 6 May 2013

The Fairy Tale Forest

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hi, assalamualaikum readers :)

hari ni 6 mei 2013..
tak lama lagi, akan bermula lah cuti sekolah selama dua minggu ni kan..
eeee, excitednya! bhahahaha
so ain nak share sesuatu..uolls suka cerita fairytale tak?
snow white ke,
cinderella ke, little red riding hood  ke,jack and the beanstalk ke..

Cerita-cerita dongeng yang menarik minat ramai orang..
So uolls nak tau tak,
disebabkan cerita cerita dongeng tu
Di efteling, Netherlands ade 1 hutan dibina berkonsepkan fairytale untuk pelancongan..!
waaaa, mesti bestkan :)

Fairytale Forest nie ditubuhkan oleh R.J.Th. van der Heijden, 
Peter Reijnders dan Anton Pieck.
Visual gaya fairytale forest ni telah diilhamkan oleh Arthur Rackham dan Edmund Dulac, untuk menambah unsur-unsur seni.

Apa yang ade kat fairytale forest nie?

antaranya ialah :



Dwarf Village.. macam real je kan =P

Hansel & Gretel(Witch's Candy Hut)


Rumpelstiltskin


Rapunzel


Sleeping Beauty Castle

The Dragon


So, untuk uolls yang fanatik pasal benda benda macam ni,
dan ingin melancong ke sana,
boleh la layari laman ini untuk info anda, :)