بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ikutkan kata hati
ingin aku terbang tinggi mengejar segala keinginanku
mencapai angan dan mimpiku
segalanya yang akan menjadi milikku..
tapi..
jika di ikutkan yang realiti
segalanya hanya mimpi,
jika inginkan sesuatu, segalanya perlu di usahakan
berat perjalanan hidup seorang musafir ini
kerana segalanya perlu di usahakan sendiri..
lebih baik kita hidup mengikut prinsip sendiri
jangan pedulikan kata kata yang lain
Allah maha mendengar,
kita lemah
namun kadang kala kita perlu menjadi kuat
dan lebih kuat!
kuat mempertahankan kehidupan sendiri!
kuat meneruskan kehidupan di dalam sketsa dunia ini..
kerana tiada siapa yang dapat memahami diri ini
lebih baik kita mengikut keselesaan hidup masing masing
aku hidup dengan cara aku,
dan engkau hidup dengan cara engkau