Sunday, 24 February 2013

Semangat melawan kegagalan, muhasabah diri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,

Dalam dunia ni siapa yang tak pernah gagal? Kita semua pernah gagal dalam hidup ini kan, macam ain..
Namun apa maknanya? Perbezaan utama antara orang yang benar-benar berjaya dan gagal adalah sikap mereka menghadapi kegagalannya dan bagaimana dia membangkitkan semangat nya. Bagaimana sebenarnya sikap kita menghadapi kegagalan?


Di bawah adalah 10 kata bijak dari tokoh-tokoh dunia tentang bagaimana sepatutnya kita menghadapi kegagalan dan bagaimana untuk menaikkan semgat kita melawan kegagalan :

1. “Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih kejayaan.” (John F. Kennedy)

2. “Kejayaan tidak diukur dengan apa yang anda raih, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi.”
(Orison Swett Marden)

3. “Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh.” (Confucius)

4. “Banyak kegagalan dalam hidup ini dikeranakan orang-orang tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan semasa mereka menyerah.” (Thomas Alva Edison)

5. “Kegagalan dapat dibahagi kepada dua perkara. Iaitu, orang yang berfikir tapi tidak pernah bertindak, dan orang yang bertindak tapi tidak pernah berfikir.” (W.A. Nance)

6. “Kejayaan adalah kemampuan untuk melepasi dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.” (Winston Churchill)


7. “Tidak ada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu terjadi kerana persiapan, kerja keras dan ingin belajar dari kegagalan.” (General Colin Powell)

8. “Orang-orang yang gagal dibahagi menjadi dua, iaitu mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya dan mereka yang melakukan kegagalan dan tidak pernah memikirkannya.”
(John Charles Salak)

9. “Kegagalan adalah sesuatu yang boleh kita hindari dengan; tidak mengatakan apa-apa, tidak melakukan apa-apa dan tidak menjadi apa-apa.” (Denis Waitley)

10. “Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untuk memulakan semula dengan lebih cerdik.”
(Henry Ford)

Ternyatalah bahawa tidak ada orang yang gagal namun yang ada adalah orang yang berfikir dirinya gagal. Gagal bukanlah satu kesalahan, kegagalan hanyalah sebuah proses menuju kejayaan yang lebih besar.