Sunday, 24 February 2013

Semangat melawan kegagalan, muhasabah diri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,

Dalam dunia ni siapa yang tak pernah gagal? Kita semua pernah gagal dalam hidup ini kan, macam ain..
Namun apa maknanya? Perbezaan utama antara orang yang benar-benar berjaya dan gagal adalah sikap mereka menghadapi kegagalannya dan bagaimana dia membangkitkan semangat nya. Bagaimana sebenarnya sikap kita menghadapi kegagalan?


Di bawah adalah 10 kata bijak dari tokoh-tokoh dunia tentang bagaimana sepatutnya kita menghadapi kegagalan dan bagaimana untuk menaikkan semgat kita melawan kegagalan :

1. “Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih kejayaan.” (John F. Kennedy)

2. “Kejayaan tidak diukur dengan apa yang anda raih, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi.”
(Orison Swett Marden)

3. “Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh.” (Confucius)

4. “Banyak kegagalan dalam hidup ini dikeranakan orang-orang tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan semasa mereka menyerah.” (Thomas Alva Edison)

5. “Kegagalan dapat dibahagi kepada dua perkara. Iaitu, orang yang berfikir tapi tidak pernah bertindak, dan orang yang bertindak tapi tidak pernah berfikir.” (W.A. Nance)

6. “Kejayaan adalah kemampuan untuk melepasi dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.” (Winston Churchill)


7. “Tidak ada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu terjadi kerana persiapan, kerja keras dan ingin belajar dari kegagalan.” (General Colin Powell)

8. “Orang-orang yang gagal dibahagi menjadi dua, iaitu mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya dan mereka yang melakukan kegagalan dan tidak pernah memikirkannya.”
(John Charles Salak)

9. “Kegagalan adalah sesuatu yang boleh kita hindari dengan; tidak mengatakan apa-apa, tidak melakukan apa-apa dan tidak menjadi apa-apa.” (Denis Waitley)

10. “Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untuk memulakan semula dengan lebih cerdik.”
(Henry Ford)

Ternyatalah bahawa tidak ada orang yang gagal namun yang ada adalah orang yang berfikir dirinya gagal. Gagal bukanlah satu kesalahan, kegagalan hanyalah sebuah proses menuju kejayaan yang lebih besar.

Saturday, 16 February 2013

You fill my heart


You can make my heartbeat
in a thousand different ways
And I swear sometimes I can’t breathe
when you look my way

I don’t know what it is about you
But there’s something to you
that I need, so deeply
and I always want you with me

You can make my heart smile
through any kind of day
And I swear I never feel an ounce of sadness
you just wash it all way

I don’t know what is that you’ve got
but you’re holding it over me
and I’ve never felt this free
I’ve never felt so alive or happy

You fill my heart with love
and I’ve got so much love
to give to only you
our whole lives through

Sunday, 10 February 2013

I'm judging a book by its cover

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sesetengah manusia tak percaya pada kulit buku.
aku memang jenis manusia yang judge the book by its cover.
aku tak pilih kulit buku yang tak senonoh. 
aku tak pilih kulit buku yang bukan dari warna kegemaran aku.
aku tak pilih kulit buku yang bercorak pelik.

Dan sebab itu aku pilih kau. 
kau menepati tiap satu dari jenis jenis kulit buku yang aku cari. 
biarpun cerita buku tu bosan dan membiulkan.
Kau satu jenis kulit buku yang tiada cacat cela. 
kau antara beribu jenis kulit buku yang sempurna di mata aku.
kau unik.

Untuk kulit buku yang buruk rupa, muka seperti tiada apa-apa yang menarik aku.
Aku rasa, lebih baik kau bogel...
tanggalkan kulit buku kau. 


Bill Gates gagal beribu ribu kali sebelum jadi kaya raya.

Aku baru gagal tak sampai 5 kali. Kenapa aku perlu terus terusan jatuh?

Thursday, 7 February 2013

Dia tunangku

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?




Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, “Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku.”

“Kahwin la dengan kita bila-bila,” jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab ‘pinangan’ tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.



“Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat.”