Saturday, 24 November 2012

Jangan ada membenci

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Memang secara warasnya kau bukan lagi 
tempat bermanja bergelak tawa
bertepuk tampar
dan bersuka ria,
jauh sekali teman mencuit hati berkongsi cerita.

Di setiap caca marba ligat laku
ampun aku

Untuk semua cacat cela di badan
maafi aku

Tiap satu persatu hilai hiba onak duri berliku jatuh bangkit tersungkur rebah berdiri tegap--
maaflah..

Hingga kita jumpa nanti, di dalam sebuah keranda hati.

Moga tidak terselit dendam di antara kita 
kerana kenangan yang kita bina mengatasi segala kebencian di hati


Selamat malam.