Monday, 7 May 2012

Putrajaya ... part 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hai... assalamualaikum :)
entry yang lepas ain da ceritakan sedikit tentang our trip,, trip budak sekolah, huahuahauahua 
kat Putrajaya di Istana Kehakiman dan Parlimen la,,


Muka masing masing macam tak rela je nak ambil gambar kan? =P


Ok, petang tu rasanya dalam pukul 2 la kan, kita orang dah sampai dekat Parlimen tu..
kira...jauh jugak la dari Istana Kehakiman ni,
dah sampai, tapi kena menapak...sebab ape, sebab bas tak boleh masuk dalam kawasan tu..
maybe kawasan tu dah penuh dengan kenderaan..
so,,jenuh la kita orang berjalan kaki oiiiii, nun atas bukit uh,


Ini buktinya, tak tipu tau! =P

Ade lagi satu dewan yang tertinggal....DEWAN MAKAN?? huahuahua


Sampai je pintu masuk utama tu,kat lobi la 
kita orang semua kena spot check maaa...
handphone tak di benarkan bawa masuk pulak, 
sebab takut nanti menganggu orang tengah bersidang la kan...
yela, ni bukan sebarangan dewan.. kau ingat ni dewan sekolah? boleh bising bising --'

Hampir dua jam lebih kita orang kat dalam Parlimen tu,
dapat la tengok secara live macam mana rupanya orang orang kat Dewan Rakyat tu.. 
Bentangkan macam macam isu..dan orang awam macam kita orang ini, tak dibenarkan menyampuk tentang isu yang dibincangkan tu
even tu salah ke betul...kau diam jela jah..
silap haribulan nanti orang orang parlimen tu yang dakwa kau pulak.

Bila budak budak ni semua dah keletihan.
pusing pusing dalam bangunan tu, toilet pon kita orang serbu! hahahah
kita orang semua dah tak sabar nak keluar..
sebab ape.. sebab risau hanset kat luar tadi, takut hilang le!
lagi satu, air cond kat dalam tu gila gila sejuk. entah macam mana la speaker dengan menteri menteri lain boleh tahan, dah macam duk dalam frozen weyh!


Snap with pelakon from Korea.. ehekkkk =P




Snap with my bestfriend from UK..!! hahahaha







Alhamdulillah, berbekalkan ilmu pengetahuan Pengajian Am yang cukup hebat hari tu, 
banyak la ilmu ilmu lain yang dipelajari,
selalunya tengok buku, dengar cikgu cakap, imagine sendiri je kan,
tapi akhirnya, kita orang dapat belajar bersama sama dengan kawan kawan dan mengetahui lebih dekat terutama sekali peranan Istana Kehakiman terhadap masyarakat dan sejarah sejarah kehakiman serta kebajikan rakyat Malaysia yang sering di utarakan oleh menteri di Dewan Rakyat.

Selepas satu hari penat berjalan, belajar, gelak gelak dengan membe, amik gambar bagai,
kita orang pon dah tak sabar nak balik.. time tu dah pukul 6 kot! 
pukul berapa la nak sampai rumah ni --'
confirm malam tu, semua balik terus tidurkan? hahahaha

sekian..









Tuesday, 1 May 2012

Putrajaya....we are come! part 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum gojes! stalker! haters and sewaktu dengannya laaa..






Kami dari Parlimen Jasin.. ehekk 





kenapa muka aku tak de??? --'

Waa,,nampak tak, kemain tajuk entry kau ni ehh, Putrajaya....we are come! cehhh,,
ok la, last week 
erkkkk..kira last month la kan,
kita orang pergi lawatan ke putrajaya, *ni bukan lawatan kanak kanak ehh! hahaha

alaa,, dah selalu study kat dalam class, so sekali sekala study la kat outdoor, kat putrajaya gitu! =P
macam macam tempat la kita orang pergi,
cehh walhal kat istana kehakiman dengan parlimen je!

alhamdulillah, sepanjang hari tu, dari pagi sampai la ke malam memang best!
sampai kita orang keletihan dan kelaparan yang teramat sangat... 
padahal, penat bergambar je --'






Pelik je kan, pe sal la ain pergi ke tempat tempat macam tu, dengan uniform sekolah, blazer bagai? kan...
actually ni adalah sebahagian dari syllabus Pengajian Am, so siapa yang form 6,
uolls tau la kan, kenapa iuolls pergi kat tempat tempat cengitu..

belajar pasal bab hakim hakim la,,, perundangan, kewarganegaraan, status kelayakan.. 
masuk parlimen,, dengar orang tu berbalah itu ini, sempat lagi kita orang tengok anuar tau uolls!
tapi bukan anuar zain laa...hahaha

kalau ain, dah alang alang pi sana.. baik ain pi Putrajaya Cruise ke, Putra Bridge ke..
Bangunan Perdana Putra ke,, boleh jumpa PM betul kan.. =P
tapi, di sebabkan lawatan ini di taja oleh pihak pihak tertentu.... ikut je la.

Ok la, firstly kita orang pergi Istana Kehakiman dulu, 
first time ain masuk, siyus.... macam aku ni jakun daa, besar! woooo.. dalam tu memang cantik sangat,
i'm konfius, istana kehakiman ke, istana di raja ni... cantik weyh! *teruja!

Kedatangan kita orang telah di sambut baik oleh pihak pekerja di situ.
ain pon tak tau la dia tu siapa..
entah ape la yang mamat tu berucap ain pon tak tau, 
tak dengar pon satu hal jugak kan, sebab hall tu besar gilaa,
budak budak ain pulak semua dah bersepah..

tapi dah tak dengar tu kan, ain pon pandang jela sekeliling tu... macam budak kampong =P
tengok lampu lampu tu, sampai tangan kena tarik pon tak sedau! hahaha...
membe yang sebelah ni duk bengang jewww...

lepas orang tu bagi penerangan tentang struktur Istana Kehakiman ni,
kita orang berpeluang, masuk ke dalam bilik mahkamah.
dapat lah tengok hakim, peguam peguam, dan yang lain lain. 
masa kita orang masuk tu, kita orang kena bagi tunduk hormat, sebagai menghormati hakim la kan
dan kes yang di bincangkan tu, pasal masalah jenayah kecil je..
tapi bila kes tu di kumpul kumpulkan....banyak jugak tau! dah macam jenayah berat je ain dengar.
menimbun fail kat sebelah hakim tu tau!

lepas 30 minit tu, kita orang di benar kan untuk pergi ke ruangan library,
macam macam lah bahan dan sumber sumber yang boleh di perolehi..
jenuh lah jugak kita orang pusing pusing,
main kejar kejar pon ade la jugak..hahahaa


















Rasanya kalau nak habiskan cerita ni, memang tak tido la ain jawabnya kan..
so, kalau ain free lagi, ain akan sambung pasal trip ke putrajaya ni untuk next entry,in syaa llah..
sekian....