Saturday, 1 March 2014

Insya Allah, rezeki kerja tuhan








بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Rezeki kerja tuhan, semua dapat. Cara je berbeza beza..
So ya,
memang ada orang yang bila tidur dalam kelas pun boleh pandai bangun bangun jawab soalan cikgu.
memang ada orang yang tak payah kerja pun semua benda dia ada,
sebab bapak dia kaya!
dan memang ada orag yang tak payah susah susah sebab dia pandai ini pandai itu.

Tapi di sebalik semua tu, 
it still takes struggle kan. Dan paham kan? Allah itu adil. tu rezeki dia that's it. 
Tak payah nak pertikaikan apa apa. 
"Dia genius boleh aaaa. Dia cantik boleh aaaa. Dia cenggini boleh aaa. Dia bla blaa blaa"

well. 
why you want to give up and stop fighting for what you want because everyone else has it: kadang kadang kita tak tahu what it takes for that person untuk dapat what they want. 

If uolls nak pandai jugak, belajar la..
kalau kita nak duit poket lebih, use whatever you have untuk berbisnes walau gula gula sekalipun. 
if you want to be happy, learn to be happy.

Fight for what you want. 
dan kalau tak sedar, that's what Allah wants us to do. fight for it. 
to makesure kita deserve it. and it is really worthy! 

Kalau kita berbisnes untuk cari duit poket sendiri
dan bila dapat untung plus customer bagi feedback best dan kita happy sebab they are happy too
that is satisfaction punya perasaan? Yes. that one!
tuhan bagi bonus. 

Dan ingat , if you've fought habis habisan dan things dont turn out macam apa kita nak
jangan give up
jangan meroyan... It happens.

Tapi sebab Allah tahu. kita deserve something bigger
sebab paling best bila saat dah jatuh tergolek rasa hidup gelap dan kita tetap move on dan cari nur . 
cari light. 

Bila jumpa, itu perasaan paling. "Allah maha besar. Terima kasih ya Allah."


Tuesday, 25 February 2014

Perla Coffee


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalammualaikum...
and haiii uolls, siapa yang nak cantik? nak kulit sihat, putih gebu macam i,
angkat tangan! muehehehe.. i pon tak de la putih sangat uolls =P
tapi hari ni, ain nak share tentang Perla Coffee, kopi untuk mencerahkan kulit dan seluruh tubuh badan dengan cepat dan efektif! yezzzz..

uolls nak cantik, tapi malas nak........
*bermake up
*pakai foundation or krim siang

ok tak pe..masih ade lagi cara nak cantik, 
cuba la Perla Coffee ni, yang dapat membantu pelbagai masalah kulit tau uolls! Melembut dan menghaluskan tekstur kulit. Kulit kelihatan lebih gebu, bersinar dan sempurna tanpa cela (flawless)
just bancuh, then minum je... its easy right?
Kopinya pun sedap.... Ain dah minum k... 
memang TERBAIK dari ladang arr...!!! 




Kalau sebut kopi mesti ada kafein. Ada tak kopi yang tak ada kafein? 
Jarang dengar atau tak pernah dengar? 
Haaa.. tula. macam konfius je tengok. 
Ramai penggemar kopi takut minum kopi sebab ada kafein. kebanyakan supplement putih putih ni akan highlight pengguna mereka supaya 'Elakkn kafein, kafein akan melambatkan penyerapan collagen dan gluta'.

Tetapi, kafein tiada dalam Perla Coffee. 
Yeyy!! siapa suka minum kopi tapi nak juga putih dan kulit cantik boleh minum tanpa ragu ragu. 
100% No KAFEIN. 
dengan amalkan mini Perla Coffee boleh Cerah , Gebu , Glowing , Bebas Jerawat , Bebas Jeragat uolls! ! !

Perla Coffee adalah salah satu kopi untuk mencerahkan kulit dan seluruh tubuh badan dengan cepat dan efektif. 
Senang la nak putihkan, sebab proses pemutihan start kat kepala sampai la ke kaki uolls
so nanti, uolls akan mendapat warna kulit yang putih/cerah yang sekata di seluruh.. wooo!

Perla coffee juga membantu merawat kulit bermasalah seperti kulit berjerawat, 
jeragat, 
parut parut lama dan juga masalh kulit yang lain. 
Hasil dapat dilihat selepas seminggu mengamalkan Perla Coffee..
Tapi ada juga testimoni yang mendapat kesan seawal 2 minggu... itu semua terpulang pada individu la kan...

Semua orang nak jadi cantik kan,
tapi nak cantik kena la rajin... makan apa pun kena la istiqomah.

Berminat untuk mencuba kopi ni, just email me :)
missaina93@ymail.com

Thursday, 13 February 2014

Tambatan kebahagiaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum... hati yang berbunga :)

Semoga Tuhan kurniakan aku kebahagiaan dalam hidupku,
Semoga manusia yang pernah merobek hatiku juga cukup dengan zat bahagia,
Semoga dia baik baik sahaja,
Semoga aku yang ini di turunkan seorang yang mampu terjaga,

Dan semoga hidup yang baru ini lebih bahagia dari sebelum.

Terima kasih kerana telah memberi aku peluang untuk di bahagiakan dan membahagiakan.

Terima kasih juga kerana sedang bahagia dan di bahagiakan oleh seseorang yang membahagiakan.

Dan terima kasih juga pada Tuhan kerana beri aku ruang nafas untuk mencari kebahagiaan aku sendiri bersama bakal pembahagia aku.

Aku pasti ini lebih bahagia dari sebelum sebelumnya.
Moga maruah yang ku kendong ke sana sini tak akan dapat di pijak lagi. 

Juga,

Moga di restu ayah bonda kali ini. Itu yang terpaling pasti



Tuesday, 11 February 2014

Dear you..listen

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dear my mr. S..

How are you now?

I'm really miss all about you. 



There's no word to expres that feeling. 
I feel my heart got beating strong like dupdapdupdap. Started we since you make my day so special.
you like my best friend, my one true love and my only one
loving you is make my life worth living. 

day by day, my love for you becomes overwhelming and stronger
and i need you in my life to keep me happy. 

Every moment that we spent together is one of my sweetdream. 
I apologize from the heart for ignoring you whenever you make an attempt to make me feel better after our pointless arguments. 

I know i overact a lot 
i'm sorry because i've been moody seen you busy. yeaahh.. past is past.. 
but i'm worried about you, us and me
i wish i knew what i did wrong. 
I just want to know what's going on
i'm sorry for what i  did do. 

But, my heart still love you
you're perfect and sweet for me. 
you're complete for me
you make me feel beautiful  
thank you for giving me so much more than i ever could have wanted. 
I still love you. Hopefully  i will still have you by my side and yours will be the last face i see.

Saturday, 8 February 2014

Understand me well

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum, :)

You down, I double down. You sad, I double sad. You jump, I jump. 
Eh bukan bukan. I dont want to jump =P

Ain susah nak puaskan hati orang
and bukan senang la jugak kan, nak puaskan hati orang ni..
banyak lagi benda nak dibuat selain nak puaskan hati orang ramai, kan?

If you're in my shoes, you will know. How hard it is to be me.
Just like you said, I am the popular ones.
nak kena melayan semua orang
But still, you don't understand me well....

Bukan semua orang suka perangai kita, bukan semua orang suka perangai ain, kan..
I don't want them to be the reason that I am falling. I don't want to show that I am weak..
The more the hater you get, the more you know that you are the person they wanted to be. 
they are just jelous... ignored them.
setiap kali kalau ada orang benci ain, ayat dekat atas ni laa yang akan sentiasa ain ingat 
keep smile bebeh :)

I am living my life. Eventhough my life is like hell...!
i accept the things that happened to me. 
i accept people who treated me bad
i accept the bad things
i too accept the good things.
coz i know my life had been well-planned by the God.
i don't like to complain and i hate complains.

I, thanked to you, Allah for giving me the opportunity to live life. 
God bless me, God bless uolls too :')

Wednesday, 5 February 2014

Cinta datang lagi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

untukmu ..

Cinta bagai sekuntum bunga indah menawan, yang membuai dengan hangat peluk kasih sayang,
lembut dekapan naluri penuh pengertian, ungkapan kebaikan dan kejujuran,
curahan keindahan senyum dan kesetiaan,
rangkaian tenang bijak tindakan yang terangkum dalam rajutan kisah kehidupan.

Tak perlu orang tahu segala rahsia tentang sesuatu.
Ain tak ingin ini semua menjadi berita, menjadi gosip semata. tetaplah ini menjadi rahsia, tak usah bimbang andai hati sudah setia.
Kerana ada cerita indah di antara kita.

Selama masih ada hangat suasana, kesepian tak lagi akan bermakna.
selama masih ada senyum ceria, kebahagiaan akan selalu terasa. Ain Bahagia..
selama masih ada kebenaran mulia, arah hidup akan selalu terjaga.
semua akan terjaga saja selama masih ada iman dalam cinta di sana.

Bintang berkelip redup menemani bimbang sepi,
mengalun jauh harungi malam dalam sunyi.
pastikan tercipta mimpi atau harus kau palingkan diri mu.
jangan terasa lelah bisikan cinta padu di hati mu.

Wahai kekasihku,
jika pesona cinta melelahkanmu, dengarkanlah satu kataku; lupakanlah gelisah di hati kecil mu,
kuatkanlah langkah, basuh lukamu.
hari masih panjang dan waktu tetap setia berjalan. esok mentari pagi pasti akan terbit menghangatkan hatimu, dan langit malam pun akan bertabur bintang menemani tidurmu.

Pejamkan matamu sayang dan sandarkan bebanmu serta lepaskan sepimu.
percayalah, pasti ada yang akan merindukanmu
rindu untuk menghiasi setiap mimpi indahmu dan bahagia untuk mencintaimu
tersenyumlah dan temukanlah cinta.

Tak perlu dirimu ku taburi dengan berjuta kata janji. andaikan engkau mengerti, menyintaiku dengan setulus hati, pasti kau akan sentiasa menemani dan menambatkan cinta di dalam hati ini.



 http://ainabuhashim.blogspot.com





Saturday, 1 February 2014

Spread Love

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Pray for every of us
we can never feel calm
and happy if we never knowhow to be happy and pray for others happiness.


Kalau tunggu sempurna,
Tiapa apa yang dapat disempurnakan.
Kalau tunggu semua puas hati,
Tiada apa yang kita buat benar dari hati.
"Bila bertembung kehendak Allah dengan manusia, pilih kehendak Allah."

Wednesday, 29 January 2014

Annyeong haseyo

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Annyeong Haseyo! 
kenapa bunyi macam annoying je, hahahaa
ahh dah! hari ni ain nak post cerita korea pulak
tengahari tadi, lepas dah buat breakfast untuk adik,
ohh breakfast tengahari eh,, *biar laaa --'
ain dengan adik dah get ready depan tv, sebab nak tengok drama korea la..
ishhh hantu korea dah mula merasuk la ni..
sharp 12 clock, masing masing kat depan tv, tak sabar uolls

actually, bila dah selalu tengok drama korea ni, sekali sekala nak cuba la speaking korea. kan =P

mwo : apa?
wae : kenapa?
nugu : siapa?
onje : bila?
odi : di mana?
eotteokhe : bagaimana?

waaaaaaaa... thanks mr. google, its very useful..hahahaa
comel je kan bunyi nya... patut la ramai yang suka nak cakap korea,
trend ala ala korea, konon konon kiut la tu!
tapi bila dua tiga kali cakap, kenapa bunyi macam bahasa jepun pulak ekk

Drama korea yang iuolls baru nak tengok ialah My Princess,
drama ni berasal dari Korea Selatan, tahun 2011 uolls,
baru sekarang tv 7 nak tayangkan..
dan yang paling sedih, baru sekarang ain ada masa nak tengok drama korea
tak pe, masih belum terlambat nak belajar bahasa korea. ehek!





okay, cerita ni genre komedi romantis, 
pasal kerabat di raja, isu politik
dan yang pasti pasal cinta laaa...
dibintangi Kim Tae-hee, Song Seung-hun, Park Ye-jin, dan Ryu Soo-young.
dan uolls jangan tanya ain, siapa pelakon korea tu
kerana sesungguhnya... ain tak kenal pon.
banyak benda yang ain nak belajar dalam hidup ni, tapi.. tak payah la nak tau sangat nama nama pelakon korea ni hehh
lagi afdal kau hafal nama nama nabi kita.

tapi yang pasti, Kim Tae hee, peserta running man kan? entah la...
lantak la siapa kau,
ain tengok je...tapi sorry to say, ain bagi 3 bintang je! hahahahaha
sebab tak de scene yang sedih sedih la macam drama Straight away to heaven,
hah...cerita tu memang memang memang menyentuh hati.. 
dan ain, suka sangat tengok cerita yang beremosi ni, 
hero menangis, kita pon dok menangis la... padahal drama je kot!

-tamat

Sunday, 26 January 2014

Always and forever,

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum, hai sayang... 
apa khabar mu di sana? :-*
rindu rindukan la diri ku ini,
yang semakin menjauh dari diri mu...., sedih!

my bestie, always and forever :)



Suhaili , hmm aku tak tahu nak cakap ape lagi dah .
Aku tahu aku dah tak rapat dengan kau macam dulu . 
Aku dah tak selalu lepak dengan kau 
tak segosip,, makan sama sama.

Cuti raya haji hari tu kau balik .. tapi still kita tak dapat jumpa,
macam mana aku nak jumpa kau ? 
Im so sorry .. walau apa pun, kau tetap kawan baik aku dunia akhirat !

kita mula berkawan rapat dari form 2,
masa form 1, kita baru nak kenal..

"hai, aku ain..."

"hai, panggil su.." 

su je? padahal nama kau punya la panjang kan! Suhaili Mokhtar,
tengok la betapa pemalunya kau masa tu.

macam macam kenangan kita kat sekolah..
main nyorok nyorok dengan cikgu,
buat itu ini,
menangis, bergelak ketawa.
Argh semua tu aku takkan lupa !




Sekarang, kita berjauhan...betapa rindunya aku nak lepak bersama dengan kau,
tengok la, sampai sekarang kita masih lagi tak bertemu..

Aku takkan lupa kan kau . Kau belajar lah betu betul dekat UM tu .
insya allah, ada  masa nanti, kita berjumpa lagi..
dan aku akan tunggu saat itu.

sayang kau beb! take care..

Saturday, 18 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435h

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,
hai
hai
and haiiiiiii.. :)

Rasanya macam dah lambat je kan nak ucapkan salam maulidur rasul ni..
emmmmm..
tapi tak pela kan,
lambat atau cepat yang penting sebagai umat islam kita perlu selalu mengingati Nabi Junjungan,
Nabi Muhammad S.A.W dengan sentiasa berselawat keatas nabi kita
bukan hanya tunggu ketika sambutan maulidur rasul je ye adek adek!

Pagi tadi ade majlis sambutan maulidur rasul yang disambut oleh umat islam di kawasan perumahan sini..
Alhamdulillah,
feedback yang sangat baik,
telah mendapat sambutan yang hebat dari penduduk disini..
lagipun kat taman ni majoriti ramai orang islam,
so, tak heran la kalau majlis macam ni mendapat sambutan yang bagus!

Sebelum perasmian majlis maulidur rasul, penduduk
serta para pelajar dari sekolah yang berdekatan terlibat dalam perarakan sambil berselawat ke atas nabi muhammad s.a.w sejauh 2 kilometer je,

tak boleh jauh jauh, sebab golongan orang tua dan budak budak je yang ramai.
almaklum ler, golongan belia macam kami ni, busy sikit..
tu yang tak dapat join perarakan ni, ehekhekhekk..

Dalam perarakan ni pon, my younger brader pon join maa..
bangun pagi dah macam Yang Berhormat dia bersiap!
dengan baju melayu warna  merah,
samping...
songkok,
perfume..ishhh kalah kau Yang Berhormat!! hahaha
tapi satu je yang macam pelikss!
baju melayu, bersamping, bersongkok tapi.........



heh.. kasut sukan?????????????

hah,, pakai kasut sukan jah! 
bergegau satu rumah ni dengan gelak ketawa kita orang semua pagi pagi tu!
hahahahh................

Ok tak pela dek, janji kau bahagia dengan penampilan kau tu,
happy dengan kawan kawan kau,
kemain tinggi lagi semangat dia pagi tadi!
entah manalah hilang kasut kasut kau yang lain ek?? pelikk.


tamat..... 














Tuesday, 7 January 2014

Lets join, Kelab Penabung Muda BSN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum... :)


Hai uolls,,,
hai stalker,,,
hai adik adik sekalian, 
selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah, yeahhh!
hahahahahahahaha *gelak jahat

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup,
tahun baru...
azam baru...
dan insyallah cita cita yang baru heh,




Dan untuk adik adik yang bakal memasuki alam persekolahan pasti uolls memerlukan banyak perbelanjaan untuk memulakan alam persekolahan right?
tak kisah arr, sekolah rendah ke
sekolah menengah...
So, hari ni i nak seru kat uolls untuk mula menabung dan join Kelab Penabung Muda BSN sekarang!!!
This is for our future la, menabung dari sekarang..
sikit sikit lama lama naik bukit la kan,
eh ehhh? hahhaa

Ok, bila kita semakin besar, kita akan melalui banyak perubahan, ialah dari uolls sekolah rendah 
akan beralih ke sekolah menengah..
banyak perbelanjaankan? nak beli itu ini, yuran,
kokurikulum bagai...buku buku,
siapa yang dapat scholarship or biasiswa, untung la kan!
habis tu yang tak dapat?? dahh ternganga je kan. 

Thats why la, ain nak uolls join this club ....... not clubbing ye! Untuk faedah bersama..
Kelab Penabung Muda juga merupakan satu bentuk simpanan yang menyeronokkan!! 
dan yang pasti akan membawa keriangan melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan, 
pasti uolls tak akan rugi dalam menerokai sesuatu yang baru. 

Dalam usaha meningkatkan lagi penyertaan pelajar-pelajar menabung melalui Bank Simpanan nasional, 
satu skim galakan tabungan melalui Kelab Penabung Muda 
telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada tahun 11 Julai 1997. 

Ini adalah selaras dengan kempen tabungan negara yang telah dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri pada 16 Disember 1996 dan perasmian kempen tabungan peringkat Kementerian pendidikan pada 4 Mac 1997.

Kelab Penabung Muda Bank Simpanan Nasional dibuka kepada pelajar-pelajar yang berumur 7 hingga 20 tahun yang telah mempunyai simpanan RM 300.00.
Ahli Kelab penabung Muda yang telah mendaftar sehingga kini seramai 15,000 ahli di seluruh Malaysia.

Bank Simpanan Nasional kini mempunyai hampir 10 juta penyimpan dengan simpanan sebanyak 
Rm6.08 ribu juta. 
Dari jumlah itu, 1.4 juta penyimpan berumur 7 hingga 20 tahun yang menyimpan di Bank Simpanan Nasional dengan simpanan hampir RM300 juta.

Dengan kadar pulangan simpanan sehingga 6.5% setahun,, woow!
perlindungan insuran pasti akan memberi aktiviti penuh cabaran, 
kem motivasi dan lawatan sambil belajar pasti akan memberi banyak menafaat kepada ahli. 

So, kepada setiap ahli Kelab Penabung Muda yang baru, uolls akan menerima secara percuma kad ahli, kemeja T, topi dan lencana! yeahh..
selain itu akan mendapat pelbagai kemudahan melalui potongan harga istimewa melalui syarikat yang menandatangai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kelab Penabung Muda.

Hah, senang je kan! So tunggu apa lagi, 
menabunglah dari sekarang untuk masa depan anda!!! :)

Saya dah,, anda pulak, bagaimana?


Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, layari...   http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=315

Wednesday, 1 January 2014

Mukadimah 2014

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."

"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu duha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di atas bumi, keluarkanlah, jika sukar memudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."

"Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang hak,janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq,hari kiamat itu haq,nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq. Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya pepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim, Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Monday, 30 December 2013

Sejenak kata

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,

1:07 am..
yeee,
masih terlalu awal untuk ain wake up
and masih terlalu awal to having breakfast.,
but why,,,,,
kenapa ain, kenapa kau bangun sepagi ini...

masalah,
masalah dalam jiwa
masalah dalam kepala otak
beribu masalah dalam sebuah kehidupan
yang sering membuatkan kita tidak senang duduk, dan tidur di buatnya..

yee,,
lebih bagus jika waktu ini, kita bentangkan sejadah..
solat hajat dan istikarah adalah penyelesaiannya,
begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan, bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .

Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai  sebuah kehidupan

Tuesday, 24 December 2013

Wedding Cousins

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hai... Assalamualaikum,
aww chakkkkkk....! :)



Hahahaha, pagi pagi lagi adik hana dah lending termenung kat atas pelamin ni..
kenapa ni dek, macam kau je yang frust nak kawin.. acah acah model je ehehehek..
Pelamin ni masa wedding my cousins kat Jasin, hari sabtu  yang lepas la
actually, ain ni memang pemalas sangat sangat la nak pergi rumah kawin bagai! siyus..maaaaaaalaaaaaaaaaasssss sangat.

Nasib baik la yang kawin ni sepupu rapat,
kalau sepupu jauh ke,
bau bau bacang ke,
bau bau tahi kucing ke hah ain post mak abah je la yang pergi...
pesan kat mak abah,
tolong sampaikan salam ye mak..hehehe.





Taraaaaaaaaaaaaaaa....
cantik tak saya??! muehehehehe yeahhh..
Hahahah, i amik berkat sikit je nak bergambar, tak banyak mana pong!

Ohh ye,,im wearing jubah Rubber Sleeve 2.0 ; Dark Turquoise Colour
and wide shawl,.cantik kan, cantik kan? :)
i got this jubah and shawl last minute from ig.
siyus,,,
one weeks before wedding ni i fening~~~
nak pakai baju ape,
yang mana?
yang mana?
Hah...last ain jumpa lak jubah and the same time shawl tu!
Then terus booking, hebat tak? hahaha.. *ni kerja gila, jangan buat*
But serious talk okay! memang best sangat material jubah tu..and first time ain pergi wedding pakai jubah.
After this nak beli la jubah bebanyak lak eah,, buat stok! --'
Selalunya i pakai ikut trend ala ala kampung sikit, pakai baju kurung, tudung bawal.. but now.. time to change :)











Alhamdulillah... Congrats sis!
Ain suka sangat tengok pelamin yang serba indah ni.. nampak mewah, tapi tak sarat tau.
Baju pengantin,,siyus, cantik jah!!! Bagi semua pengantin perempuan, untuk nampak sempurna mesti dia orang akan menitik beratkan make up!
Yela, siapa siapa yang kawin mesti nak nampak cantik,
berseri bagai...
nak tutup parut jerawat, tahi lalat la

So, dengan bangganya,kepada sesiapa yang berminat, orang orang melaka oiiiii,,
jangan lupa vist page tu atau terus datang ke butik tu!
Harga sangat berpatutan and yang paling penting sekali uolls akan berpuas hati dengan make up, pelamin
dan set pakaian pengantin...






Baju pengantin _Designer-Jimmy Marchino Lee.









So, untuk bakal bakal pengantin yang akan berkahwin, i suggest kat uolls, untuk pergi serbu butik pengantin SAYANG CREATION... :)
sekarang!!!!!!!

Ohh yeee, 
masa wedding hari tu, ain terserempak dengan kawan sekolah zaman dulu dulu dulu!
tak sangka, 
punya la besar dunia ni, boleh pulak kita dua orang terjumpa..kan aten kan..

finally aku jumpa gak kau..selepas beberapa tahun ni kita terpisah! ehekk
makin comel kau kan,, :p

Dengan penuh ketulusan hati, kita orang pon sempat la curi curi bergambar duk kat atas pelamin tu, 
sebagai kenangan kami bersama... :)

Tamat*


Friday, 22 November 2013

After 5 months..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum... :)

Woww...5 months? ape itu..

Dah pregnant ke?
dah kawin ke?
dah beli kereta ke, rumah??

Ahh, dah.. macam macam soalan kau jah! 
no la..
and kalau throw back, on 21st Jun i was excident,,
first time on my lifeee
So, kira 5 months la kan 

Effect daripada excident tu, dua dua pergelangan tangan patah..
gigi patah,
nasib baik la hati kita tak patah! ehek..
Motif berlakunya excident ni ialah.............................langgar lembu! 




Erkkkk,, tu main ketip ketip je tau! --"





Selain tu, alhamdulillah.. tak de kecederaan dalaman.
Masa tu, honestly la kan, fizikal and mental ain rasa down sangat sangat sangat! 

Mana tak nya, dengan keadaan tangan yang tak bermaya, kaki dah bengkak,gigi patah, bibir bengkak...rasa lemah tak terdaya.

Everytime and everyday ade je orang datang...
kawan sekerja
my bestie
my old friend
teachers
cousins
atuk nenek
boss
boyfriend...ehh! Opss...
jiran jiran pon hado!
time pukul 1 pm until 7 pm, jangan harap lah kau dapat bermimpi ain! Hahaha.. serious talk, memang ramai yang amik berat masa tu.. na nanis pon ade tau, terharuuu :')
orang yang ain tak kenal pon ade jugak! 

Ramai yang datang bagi kata kata semangat,
especially my mom, hari hari datang..
urut urut badan, hah time ni la nak bermanjakan! *sorry adik adikku, jangan nak jelus..

I discharge after 10 days.. hmm lama jugak la kan,
mana taknya, dari hari pertama sampailah hari terakhir
asyik kena buat xray je, mau hitam kaki tangan ni effect dari xray tu.
nurse pulak lain kerjanya!
setiap masa masukkan air, bergelen air dalam badan ni hah...dah macam belon
dengan ubat bagai, nak cuci, amik darah.
hadoiiiiii
nak tidor pon tak sonang la, cehhh..


sepanjang kewujudan ain kat hospital tu, ain dapat merasakan betapa tak sedapnya makanan kat sana..
ohhh yee,,,
hari hari mak tapaw kan dari rumah tau..hmmm, suka! >_<
betul orang kata, masakan ibu lah yang paling paling sedap dan kenyang kat dunia ni.,
i wish,, itulah saat terakhir ain duduk kat hospital!!!!!!! 


After 6 months ni, ain dah tak payah lagi nak buat treatment, xray, every months,, 
buat fisio bagai..
serious talk! time fisio la rasa malas malas malas malas!
sakit tau.. orang terapis tu main pusing pusing tangan la,
tekan tekan tarik tarik.. 
ngeeee...frust menahan kesakitan! 






Tadaaa... cuba tengok,
parut kat muka tu semakin beransur pulih kan.. :-)
alhamdulillah, terima kasih Dermatix Ultra untuk mengatasi bekas luka, perawatan bekas luka menonjol akibat luka operasi, luka bakar, luka terpotong, tergores, gigitas.
bawah mata kanan and atas bibir tu..dua dua kena jahit sebab luka besar 

Sekarang ni..
tangan pon dah boleh gerak gerak..angkat angkat
cuma tak boleh nak angkat barang yang berat lagi la.
Lutut dah baik, tapi masih tak boleh lagi nak buat macam dulu,,
lompat lompat
lari lari...hmmmmmmmmmmmmmm

Tapi tak pelah, yang penting masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini,
bersama orang yang tersayang..
Tak kisah la ape kekurangan atau kelebihan yang kita ade, yang penting kita perlu bersyukur dengannya..

Ade orang lain, yang tangan kudung, atau cacat.. 
tapi ain, cuma patah tangan sahaja kan..
masih lagi mampu untuk meneruskan kehidupan.
kelebihan yang ade pada diri ini, tak sama dengan orang lain..

sekarang, dah tak boleh lagi nak buat kerja kerja berat.
apa susah, ain jerit jela, suruh orang lain buat kan! betul tak? *amik kesempatan!
ehehhehhehek!

Tamat

Thursday, 21 November 2013

Alahai.. bestnya tadi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)
Hah, berblog umpama homework. 
kena hantar post kita kepada readers.
kalau tak update nanti banyak benda yang nak diceritakan itu, tertunggak. 
Betul tak?
okay, nevermind.

Tadi, ain keluar pergi jalan jalan kat Melaka..
Jusco Aeon with sista.
Alahai, bestnya tadi..... *kenapa bunyi macam gediks ehh?
hahaha, whatever! 
persetankan kalau ade yang nak kata GEDIK!

uolls nak cakap ape, cakap la... bagi ain, dapat keluar rumah, pergi jalan jalan jauh selepas duduk di rumah selama hampir 6 months ni,
is the best part of my life...huhuhuhuhuu =P
tengok tengok orang
amik angin, lepas angin..erkk --'
yela, since excident tu, orang sakit
bertapa kat rumah laa.
tak kan kau sakit sakit nak melangok tak tentu pasal kan!

Ceritanya...
me and my sista, 
sis zura saje saje jalan cuci mata kat jusco, nak betulkan barang hantaran
beli ape ape yang kurang lagi untuk wedding sis kita ni
then sis zura ajak pergi beli baju, untuk ain pakai masa wedding dia nanti,
she sponsor me...uolls.... im love it! sayang la kak zura :-*
dia belikan baju untuk kita!

today 21 nov, and the next month 21 dec..
sis zura akan jadi isteri orang! waaa.. tak sabarnya nak tunggu
hahahaa..macam ain la pulak yang nak kawin..

dari tengahari sampai la ke petang,
dari satu mall ke satu mall,
lepas tu transit kat kedia bunga laa
kedai kek laa, dah pulak kenapa kedai kek ek?

oh yaa,,, hari ni birthday mak la..
happy birthday my lovely momma! dah alang alang tu, belikan la kek untuk mak,
nak celebration la katakan...




Serious talk! hari ni ain rasa puas hati sangat.
terperuk kat rumah je boleh buat stress tau uolls..
hmmm 6 months, rasanya nobody boleh tahankan! but at least until today ain hidup lagi la kan
and to you sis zura, thanks a lot for today,
im really appreciate how you treat me, we are cousins
but you are like my sister, so adorable, lovable, and charming too...
thanks, :)

Tuesday, 19 November 2013

Berendam di kolam air panas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hai... assalamualaikum :)
selamat selamat bercuti sekolah,
dan selamat selamat berjimba! yeahhhh hahahaa..

ini la cuti sekolah yang di nantikan oleh uolls kan
especially adik adik ain la.
amboi....kemain lagi korangkan, membuta la sampai tengahari! =P

Ok lah,ain nak share tempat yang ain pergi bersama dengan adik adik ain untuk santai santai, 
rehatkan otak, release kan badan.. tak jauh pon.. kat Melaka jugak huahuahua,,, tak sampai setengah jam pon dari rumah tau uolls! =P
Saja bawak adik adik jenjalan, beriadah kat situ.. 

Harga tiket masuk untuk first time datang sini RM 6.00 dewasa, RM 3.00 kanak-kanak. 
But.. kalau uolls, datang second time, uolls akan dapat harga discount! banyak tau,, tolak RM 1.00 je dari tiket tu.
Best juga la lepak kat sini.. lagi best kalau datang malam la,
sebab air panas, sesuai mandi malam kan.




Air panas kat sini 100 % air panas mineral tulen.. Bukan tipu tau!
Kandungan mineral yang terdapat dalam air panas ialah,

Magnesium – 0.022
Phosphorus – 0.53
Silica – 87.7
Sulfate – 11
Boron – 0.4
Calcium – 2.11
Chlorine – 0.15
Fluoride – 10.05






Selain itu, banyak jugak la jenis kolam yang ade, kolam renang yang besau besau tu!
kolam untuk kanak kanak,
untuk rendaman kaki pon ade, nak rendam sampai tenggelamkan kepala pon ade jugak.. =P



Ni untuk kanak kanak ribena, entah pe hal gak ah adik adik aku main kat sini --'















Macam best je kan.. air pon bersih.

cuti sekolah baru je bermulakan, so tunggu ape lagi,
meh la datang berendam kat kolam air panas ni :)


Jasin Hot Srpings,
Taman Rekreasi Air Panas, Kg. Air Panas,
Mukim Bemban, Jasin, Melaka

Waktu Operasi:

Selasa hingga Ahad (Isnin cuti, termasuk Public Holidays)
9.pg hingga 12 tengahmalam

Monday, 18 November 2013

Kenangan bersama, al fatihah untukmu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. :)

Hmm,, diam tak diam, dah hampir 100 hari arwah adik pergi menghadap ilahi,
sepanjang ain berada di rumah ni, selepas pemergian arwah
ain masih lagi dapat mendengar suara,
gelak tawa dia... kelibat dia, selalu keluar masuk rumah..
ya allah, terasa hibanya :'(


7. 8. 2013.. bersamaan 29 Ramadhan
Pukul 2 pagi, tiba tiba pintu rumah di ketuk, dan pagi tu abah belum tidur,
tiba tiba je abah gelisah, dan tunggu arwah adik pulang di ruang tamu...
abah buka pintu,
kelihatan seorang lelaki yang amat kami kenali, iaitu jiran lama kami,
dia bertanya

"assalamualaikum bang, Shahrul Azwan ni, anak abang ke?" tanya dia

"aah, kenapa?" abah tanya

"hmm, bawak bersabar ea bang, tadi saya dari melaka, dalam perjalanan pulang ke rumah, lalu kat jalan air panas,bemban, anak abang, dengan arwah kawan dia excident..dan, anak abang pon meninggal kat situ jugak" jelas pemuda itu..

Abah menggucap panjang, kedengaran tangisan mak yang meraung dan menanggis teresak esak di bilik..
pagi tu jugak semua adik adik bangun,
terkejut dengan berita yang disampaikan....

Dan masa tu jugak ain teringat,
pukul 11 malam tu, sebelum arwah excident, ain sempat lagi text dengan dia.
katanya nak belikan tudung untuk raya ni... ain macam tak percaya.
sekelip mata dia pergi.. padahal esok tu dah nak raya...



Kita orang sekepala, thats why la kita orang yang paling nakal, 
throw back, gambar 15 tahun lepas



Alhamdulillah,
selepas kedua dua arwah selamat dikebumikan, hujan mula membasahi bumi
seperti kami, yang meratapi pemergian arwah,
arwah pergi meninggalkan kami pada hari terakhir bulan ramadhan, ramai saudara yang dekat dan jauh datang untuk melihat arwah saat terakhir,

petang tu, selepas berbuka, abah menjemput jiran jiran untuk majlis tahlil,
masa berbuka, kita orang makan ala kadar, minum, dan makan kuih kuih..

masih teringat hari semalam hari terakhir berbuka dengan arwah,
mak buatkan mihun sup,
banyak kali arwah mintak untuk di tambah..katanya sedaplah mak!

kita orang tak perasaan pon perubahan yang ada pada arwah sebelum arwah pergi,
tapi,,,sepanjang bulan puasa tu, arwah selalu kata 
tahun ni tak jadi raya...

pernah sekali arwah bersungut yang kami sekeluarga selalu sambut raya kat kampung
tak pernah sambut raya kat rumah sendiri,
arwah cakap, tahun ni sambut raya kat rumah sini la mak, tak payah balik kampung..

dan buat pertama kalinya, 
kami beraya di rumah sendiri, tanpa arwah... dan itulah permintaan arwah sebelum ni.


Last year, bergambar dengan arwah.. Pantai Blue Lagoon, Pd


Betul kata orang, bila ade di depan mata, kita langsung tak hargai
tapi bila hilang, barulah kita tercari cari..

Arwah sebenarnya tulang belakang untuk keluarga ni,
lepas ain excident, arwah lah yang boleh ain harapkan sebab ain dengan arwah je yang paling tua
adik adik kecil lagi,
masih bersekolah..

Dan selepas pemergiaan arwah, kami meneruskan kehidupan seperti biasa,, tahun 2013 dugaan yang sangat berat menimpa kami sekeluarga.
Hanya ketabahan dan doa yang menjadi semangat untuk teruskan hidup ni.

Buatmu di sana,
insyaallah kita sekeluarga akan berkumpul di sana nanti, hanya doa yang kami kirimkan untukmu,
semoga kau tenang dan bahagia,
dan semoga roh mu disayangi dan dirahmati Allah.. 

"kullu nafsin dzo'iqotul maut" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, 
jumpa di Syurga nanti..
Maaf, memang dunia pemisah antara kita.. tapi akhirat, Insyaallah,
merupakan pertemuan tanpa perpisahan untuk kita.

walaupon kita telah terpisah jauh, tetapi kenangan sepanjang kita membesar bersama
akan tetap tersemat dihati. Al fatihah untukmu Mohd Shahrul Azwan.. :'(