Monday 18 November 2013

Kenangan bersama, al fatihah untukmu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.. :)

Hmm,, diam tak diam, dah hampir 100 hari arwah adik pergi menghadap ilahi,
sepanjang ain berada di rumah ni, selepas pemergian arwah
ain masih lagi dapat mendengar suara,
gelak tawa dia... kelibat dia, selalu keluar masuk rumah..
ya allah, terasa hibanya :'(


7. 8. 2013.. bersamaan 29 Ramadhan
Pukul 2 pagi, tiba tiba pintu rumah di ketuk, dan pagi tu abah belum tidur,
tiba tiba je abah gelisah, dan tunggu arwah adik pulang di ruang tamu...
abah buka pintu,
kelihatan seorang lelaki yang amat kami kenali, iaitu jiran lama kami,
dia bertanya

"assalamualaikum bang, Shahrul Azwan ni, anak abang ke?" tanya dia

"aah, kenapa?" abah tanya

"hmm, bawak bersabar ea bang, tadi saya dari melaka, dalam perjalanan pulang ke rumah, lalu kat jalan air panas,bemban, anak abang, dengan arwah kawan dia excident..dan, anak abang pon meninggal kat situ jugak" jelas pemuda itu..

Abah menggucap panjang, kedengaran tangisan mak yang meraung dan menanggis teresak esak di bilik..
pagi tu jugak semua adik adik bangun,
terkejut dengan berita yang disampaikan....

Dan masa tu jugak ain teringat,
pukul 11 malam tu, sebelum arwah excident, ain sempat lagi text dengan dia.
katanya nak belikan tudung untuk raya ni... ain macam tak percaya.
sekelip mata dia pergi.. padahal esok tu dah nak raya...



Kita orang sekepala, thats why la kita orang yang paling nakal, 
throw back, gambar 15 tahun lepas



Alhamdulillah,
selepas kedua dua arwah selamat dikebumikan, hujan mula membasahi bumi
seperti kami, yang meratapi pemergian arwah,
arwah pergi meninggalkan kami pada hari terakhir bulan ramadhan, ramai saudara yang dekat dan jauh datang untuk melihat arwah saat terakhir,

petang tu, selepas berbuka, abah menjemput jiran jiran untuk majlis tahlil,
masa berbuka, kita orang makan ala kadar, minum, dan makan kuih kuih..

masih teringat hari semalam hari terakhir berbuka dengan arwah,
mak buatkan mihun sup,
banyak kali arwah mintak untuk di tambah..katanya sedaplah mak!

kita orang tak perasaan pon perubahan yang ada pada arwah sebelum arwah pergi,
tapi,,,sepanjang bulan puasa tu, arwah selalu kata 
tahun ni tak jadi raya...

pernah sekali arwah bersungut yang kami sekeluarga selalu sambut raya kat kampung
tak pernah sambut raya kat rumah sendiri,
arwah cakap, tahun ni sambut raya kat rumah sini la mak, tak payah balik kampung..

dan buat pertama kalinya, 
kami beraya di rumah sendiri, tanpa arwah... dan itulah permintaan arwah sebelum ni.


Last year, bergambar dengan arwah.. Pantai Blue Lagoon, Pd


Betul kata orang, bila ade di depan mata, kita langsung tak hargai
tapi bila hilang, barulah kita tercari cari..

Arwah sebenarnya tulang belakang untuk keluarga ni,
lepas ain excident, arwah lah yang boleh ain harapkan sebab ain dengan arwah je yang paling tua
adik adik kecil lagi,
masih bersekolah..

Dan selepas pemergiaan arwah, kami meneruskan kehidupan seperti biasa,, tahun 2013 dugaan yang sangat berat menimpa kami sekeluarga.
Hanya ketabahan dan doa yang menjadi semangat untuk teruskan hidup ni.

Buatmu di sana,
insyaallah kita sekeluarga akan berkumpul di sana nanti, hanya doa yang kami kirimkan untukmu,
semoga kau tenang dan bahagia,
dan semoga roh mu disayangi dan dirahmati Allah.. 

"kullu nafsin dzo'iqotul maut" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, 
jumpa di Syurga nanti..
Maaf, memang dunia pemisah antara kita.. tapi akhirat, Insyaallah,
merupakan pertemuan tanpa perpisahan untuk kita.

walaupon kita telah terpisah jauh, tetapi kenangan sepanjang kita membesar bersama
akan tetap tersemat dihati. Al fatihah untukmu Mohd Shahrul Azwan.. :'(