Monday, 31 December 2012

Welcome 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum everyone.

Ye ain tau hari ini adalah hari terakhir untuk 2012.
yee dan ain tau jugak esok bermulanya 01.01.2013..
alhamdulillah,
apa yang dikatakan oleh kaum matsalleh tentang 'the end of the world' adalah salah.
Kita masih lagi dapat hidup dibumi Allah :-)


Selamat tinggal 2012

Ain nak ucapkan selamat tahun baru 2013 untuk uolls laa.
Harap harap kita dapat menjadi orang yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya..insyaallah

Ain nak minta maaf kepada semua orang yang telah ain sakitkan hati hati-Nya.
Oh my god is my sentence correct?
ok, never mind.. kita teruskan je.
hmmmm sorry dan halalkan makan minum ain okay.
harap dimaafkan :-)

Okay la, have fun for all of you yang tengah sambut sakan dekat luar sana.
Ingat jangan suka sangat eh? Jaga diri semua :-)
Again, selamat tahun baru semuaaaaa!

Sunday, 9 December 2012

Kau jangan fikir aku jahat.!

Hey,

Kau jangan lah risau.
aku takkan nak memburukkan kau dekat orang lain.
aku nak bagitahu kau, aku pun bukan orang jenis macam tu.
yang suka nak memburukkan orang lain.

Kau jangan la kecik hati dengan aku.
aku tak bermaksud pun nak memperlekeh kan kau.
kau je yang anggap macam tuh.

Hm aku tak sangka macam ni hubungan kita akan berakhir.
tapi kita dah cuba untuk jadi kawan kan?
but its not working. we tried...
Im sorry.

Hey,

aku nak kau bahagia. kita bahagia
aku nak kau berjaya. kita berjaya
aku nak kau sentiasa tersenyum. 
aku nak kau cari orang yang dapat buatkan kau senyum dan ketawa balik semula.


Aku gebira dapat kenal dengan kau. 
dan aku tak pernah menyesal.
jaga diri kau jugak kalau aku takde dekat dengan kau nanti.
aku akan rindu kau.
Sentiasa.



Saturday, 24 November 2012

Jangan ada membenci

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Memang secara warasnya kau bukan lagi 
tempat bermanja bergelak tawa
bertepuk tampar
dan bersuka ria,
jauh sekali teman mencuit hati berkongsi cerita.

Di setiap caca marba ligat laku
ampun aku

Untuk semua cacat cela di badan
maafi aku

Tiap satu persatu hilai hiba onak duri berliku jatuh bangkit tersungkur rebah berdiri tegap--
maaflah..

Hingga kita jumpa nanti, di dalam sebuah keranda hati.

Moga tidak terselit dendam di antara kita 
kerana kenangan yang kita bina mengatasi segala kebencian di hati


Selamat malam.