Saturday, 14 April 2012

Dugaan hidup mengajar erti kehidupan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum...


Entah kenapa emosi agak tersentuh di petang hari ni..sebak.. sedih.. pilu..
sehingga semasa solat pon air mata mengalir..
kenapa dgn hamba-Mu ini ya Tuhan..
mungkin Kau sedang menyentuh hatiku..
atau Kau sedang menguji aku?..
Allahuakbar..

Terjumpa blog yang sangat membantu..
dalam menaikkan semangat ku untuk teruskan kehidupan ini..


Allah berfirman bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?

Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.

Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.

Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.

Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa.
Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !

Kadang kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.


Astagafirullah.. adakah aku golongan yang berprasangka buruk kepada Allah..
Ya Allah.. ampunkan aku..
aku alpa akan ketentuan Mu..
aku alpa akan kebesaran Mu..

Astagafirullah.. astagafirullah..
Subhanallah.. subhanallah..



Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.



Aku patut bersyukur kerana diuji oleh Mu, Ya Allah..
moga aku semakin tabah menghadapi ujian mendatang..
amin..

Saturday, 24 March 2012

Petua mudah bangun pagi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum
have a wonderful day all my readers! =P

Siapa yang susah nak bangun awal pagi atau liat nak bangun solat subuh???? 
angkat tangan, sila la senyum sorang sorang ye. huahuahuaa

PETUA UNTUK MUDAH BANGUN SUBUH

Tidur awal sekitar jam 10 atau 11 malam supaya tidur mencukupi.
Ambik wuduk sebelum tidur.
Tanam azam dalam diri untuk bangun awal.
Baca surah Al-Mulk, Tiga Qul dan doa sebelum tidur.
Pasangkan niat.... "Aku nak bangun pukul******** kerana Allah S.w.t
Maafkan semua orang sebelum tidur.
Elakkan makanan berat sebelum tidur
Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
Guna jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
Minta tolong orang lain seperti ibu, suami, isteri ,atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbah air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.


mudah kan? so,, selamat beramal ;)

Tuesday, 20 March 2012

Saya budak shell

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hai, assalamualaikum :)

Konfirm MMP failed!!! hahahaa


Selamat datang, :)
isi minyak Ron 95?
Bonuslink Card ade?
Kami ade buat promosi, isi minyak full tank, dapat tambah lagi mata untuk bonuslink kad anda! wooooo..hahahaha

Alahai...kerja kat stesen minyak je kot, siap nak mempromosi bagai,
ain sendiri pon tak de Bonuslink kad! huahuahua

dan siapa budak kat atas tu? 
yee... itu lah saya, budak shell! *gelaran yang membuatkan aku hot kat sekolah la ni --'
pergi mana mana orang dah teriak..

"akak shell, minyak kuning satu"

"ehh budak shell, tak pergi class ke hari ni"

"hai awak, awak yang jaga cashier kat shell tu kan"

waaaaa...fofular uolls! hanya kerana kerja kat shell, dah tak payah kau nak jadi retis lagi. huahuahua =P




uolls ingat, senang ke kerja kat pam minyak ni,
memang la ade mulut mulut kata....

"alahai,,,duk dalam kedai je ade air cond lagi tu"

"untung la kau jadi cashier ain,dapat isi minyak free"

ape......kau ingat tu kedai bapak aku ke? *ku lemparkan kata kata dasyat!

uolls datang kat stesen minyak, tunggu nak isi minyak, dah dapat minyak uolls pon bla kan..
tak tengok ke cara kita orang kerja
nak jerit jerit,
kena maki hamun dengan customer, because customer always right! minyak belum bayar pon dia kata dah bayar!
hantu punya customer. --'

dah banyak kali ain, and staf staf yang lain bergaduh dengan customer pasal ni,
customer always right?? blah la kau, menipu lagi ade la.
banyak kali jaga cashier asyik short je.....
tak pernah over! 



See??? betapa banyaknya kerugian para pekerja yang bekerja kat pam minyak seluruh dunia ni.
derita....
lagi sengsara bila kena potong gaji..huaaaaaa :'(

Nasib baik la ain anak yang baik, mak selalu pesan, kerja kena ikhlas, jujur dan amanah! faham.
tak pe ain, hari ni orang buat dajal kat engkau,, esok esok kau balas balik kat orang tu! hahaha

semenjak ain kerja kat pam minyak ni,
banyak nilai nilai murni yang ade dalam diri ain ni hilang... gara gara perangai manusia hari ni la,
hilang segala hormat! cehhh... hahaha
kenapa kat dunia ni semua orang suka nak menipu?
menindas hak orang lain?
memprotes bagai.... dunia oh dunia, nasib baik la saya masih budak kecil lagi, ehekk
sekian...