Saturday, 18 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435h

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,
hai
hai
and haiiiiiii.. :)

Rasanya macam dah lambat je kan nak ucapkan salam maulidur rasul ni..
emmmmm..
tapi tak pela kan,
lambat atau cepat yang penting sebagai umat islam kita perlu selalu mengingati Nabi Junjungan,
Nabi Muhammad S.A.W dengan sentiasa berselawat keatas nabi kita
bukan hanya tunggu ketika sambutan maulidur rasul je ye adek adek!

Pagi tadi ade majlis sambutan maulidur rasul yang disambut oleh umat islam di kawasan perumahan sini..
Alhamdulillah,
feedback yang sangat baik,
telah mendapat sambutan yang hebat dari penduduk disini..
lagipun kat taman ni majoriti ramai orang islam,
so, tak heran la kalau majlis macam ni mendapat sambutan yang bagus!

Sebelum perasmian majlis maulidur rasul, penduduk
serta para pelajar dari sekolah yang berdekatan terlibat dalam perarakan sambil berselawat ke atas nabi muhammad s.a.w sejauh 2 kilometer je,

tak boleh jauh jauh, sebab golongan orang tua dan budak budak je yang ramai.
almaklum ler, golongan belia macam kami ni, busy sikit..
tu yang tak dapat join perarakan ni, ehekhekhekk..

Dalam perarakan ni pon, my younger brader pon join maa..
bangun pagi dah macam Yang Berhormat dia bersiap!
dengan baju melayu warna  merah,
samping...
songkok,
perfume..ishhh kalah kau Yang Berhormat!! hahaha
tapi satu je yang macam pelikss!
baju melayu, bersamping, bersongkok tapi.........



heh.. kasut sukan?????????????

hah,, pakai kasut sukan jah! 
bergegau satu rumah ni dengan gelak ketawa kita orang semua pagi pagi tu!
hahahahh................

Ok tak pela dek, janji kau bahagia dengan penampilan kau tu,
happy dengan kawan kawan kau,
kemain tinggi lagi semangat dia pagi tadi!
entah manalah hilang kasut kasut kau yang lain ek?? pelikk.


tamat..... 














Tuesday, 7 January 2014

Lets join, Kelab Penabung Muda BSN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum... :)


Hai uolls,,,
hai stalker,,,
hai adik adik sekalian, 
selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah, yeahhh!
hahahahahahahaha *gelak jahat

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup,
tahun baru...
azam baru...
dan insyallah cita cita yang baru heh,




Dan untuk adik adik yang bakal memasuki alam persekolahan pasti uolls memerlukan banyak perbelanjaan untuk memulakan alam persekolahan right?
tak kisah arr, sekolah rendah ke
sekolah menengah...
So, hari ni i nak seru kat uolls untuk mula menabung dan join Kelab Penabung Muda BSN sekarang!!!
This is for our future la, menabung dari sekarang..
sikit sikit lama lama naik bukit la kan,
eh ehhh? hahhaa

Ok, bila kita semakin besar, kita akan melalui banyak perubahan, ialah dari uolls sekolah rendah 
akan beralih ke sekolah menengah..
banyak perbelanjaankan? nak beli itu ini, yuran,
kokurikulum bagai...buku buku,
siapa yang dapat scholarship or biasiswa, untung la kan!
habis tu yang tak dapat?? dahh ternganga je kan. 

Thats why la, ain nak uolls join this club ....... not clubbing ye! Untuk faedah bersama..
Kelab Penabung Muda juga merupakan satu bentuk simpanan yang menyeronokkan!! 
dan yang pasti akan membawa keriangan melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan, 
pasti uolls tak akan rugi dalam menerokai sesuatu yang baru. 

Dalam usaha meningkatkan lagi penyertaan pelajar-pelajar menabung melalui Bank Simpanan nasional, 
satu skim galakan tabungan melalui Kelab Penabung Muda 
telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada tahun 11 Julai 1997. 

Ini adalah selaras dengan kempen tabungan negara yang telah dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri pada 16 Disember 1996 dan perasmian kempen tabungan peringkat Kementerian pendidikan pada 4 Mac 1997.

Kelab Penabung Muda Bank Simpanan Nasional dibuka kepada pelajar-pelajar yang berumur 7 hingga 20 tahun yang telah mempunyai simpanan RM 300.00.
Ahli Kelab penabung Muda yang telah mendaftar sehingga kini seramai 15,000 ahli di seluruh Malaysia.

Bank Simpanan Nasional kini mempunyai hampir 10 juta penyimpan dengan simpanan sebanyak 
Rm6.08 ribu juta. 
Dari jumlah itu, 1.4 juta penyimpan berumur 7 hingga 20 tahun yang menyimpan di Bank Simpanan Nasional dengan simpanan hampir RM300 juta.

Dengan kadar pulangan simpanan sehingga 6.5% setahun,, woow!
perlindungan insuran pasti akan memberi aktiviti penuh cabaran, 
kem motivasi dan lawatan sambil belajar pasti akan memberi banyak menafaat kepada ahli. 

So, kepada setiap ahli Kelab Penabung Muda yang baru, uolls akan menerima secara percuma kad ahli, kemeja T, topi dan lencana! yeahh..
selain itu akan mendapat pelbagai kemudahan melalui potongan harga istimewa melalui syarikat yang menandatangai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kelab Penabung Muda.

Hah, senang je kan! So tunggu apa lagi, 
menabunglah dari sekarang untuk masa depan anda!!! :)

Saya dah,, anda pulak, bagaimana?


Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, layari...   http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=315

Wednesday, 1 January 2014

Mukadimah 2014

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."

"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu duha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di atas bumi, keluarkanlah, jika sukar memudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."

"Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang hak,janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq,hari kiamat itu haq,nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq. Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya pepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim, Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."