Thursday, 7 February 2013

Dia tunangku

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?




Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, “Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku.”

“Kahwin la dengan kita bila-bila,” jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab ‘pinangan’ tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.



“Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat.”

Wednesday, 30 January 2013

Dan bila rasa itu kembali

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sebab kecelakaan itu sudah pergi
dan kerana kepedihan lama telah beransur hilang
kebencian itu juga hampir pudar bergemelapan di ruang legar hati
tidak lagi datang menyinggah di sini
untuk mengusik hati menusuk sanubari

Bagai di lahirkan semula ke dunia ini--
di azan rapat ke telinga, 
di pakaikan kain lampin nya, 
di beri susu, 
di gendong manja

Kata pada diri--
Aku punya hak kepada hak hak aku
dan kau,
kau tak ada hak untuk meludah lagi


Semoga sistem yang di cipta baru ini lebih hebat dari segalanya


Wednesday, 2 January 2013

Kek gulung atas tikar gulung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum..... 
hai uolls, selamat tahun baru :)
taraaaaaaaa...




Al kisah di pagi tahun baru, si tuan puteri yang sedang enak beradu telah di leteri oleh maknya!
ye,,, mak aku ler --'
dan si tuan puteri tu ialah ......??
biasa la, anak dara.
selagi belum azan zohor, memang liat le nak bangun.. 
time hari cuti je, selalu datang mood malas nak bangun awal.. ape hal laa

so, dengan rasa mood yang sangat happy  ain dan adik telah buat kek gulung sebagai bekpes kita orang pagi tu! ain cuma tolong mengacau je,, hahaha... annoying sungguh.

kek gulung yang kita orang buat ni, simple, sedap and menjimatkan bahan! 
dan yang lagi best, kalau uolls makan kek gulung ni, kat atas tikar gulung.. muehahahhaa
baru la romantik :*

ok, back to our topic.. resepi ni ialah resepi dari zaman sezaman.. =P
cuma ciplak je la sikit sikit, kalau pandai sangat ubah laa, lagi kreatif

bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur 
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette

cara-cara :
1-Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega

2-Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar putar putar hingga gebu =P

3-Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula

4-Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing masing tau

5-Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan 


Lepas tu terbalikkan kek diatas sehelai kertas minyak yang besar sedikit dari saiz kek tu, dan uolls guna la jem strawbery ke atau ape ape jela sebagai inti tu. 
sapukan hingga rata, nak double pon boleh! lepas tu gulung perlahan lahan.
then terus.......ngap! makan je la.. hahahaha

hah, simple kan...so ape lagi, cubalah sendiri :)
tamat*